ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia buka tempahan Civic facelift, bakal dilancar pada Januari 2025

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini membuka tempahan untuk model Civic facelift, yang bakal dilancarkan secara rasmi pada Januari 2025. Civic facelift bakal dalam dua pilihan varian RS, iaitu e:HEV RS dan Petrol RS.

Kedua-dua varian ini menampilkan elemen reka bentuk yang berbeza, termasuk reka bentuk luaran RS yang sporty dengan sambungan jeriji hadapan mengikut warna badan dan kemasan bawah jeriji untuk e:HEV RS.

Varian Petrol RS pula menerima sambungan jeriji hadapan yang dicat hitam dan kemasan bawah jeriji hitam. Bagi e:HEV RS, ia didatangkan reka bentuk roda aloi Matte Grey bersaiz 18 inci rekaan baharu.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Di bawah bonet, e:HEV RS dilengkapi dengan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV yang menawarkan kuasa maksimum 184PS dan 315Nm daya kilas.

Sementara itu, varian Petrol RS dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged, yang menghasilkan kuasa maksimum 182PS dan 240Nm daya kilas.

Civic facelift juga dilengkapi dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang merangkumi sembilan ciri keselamatan canggih, dan juga Honda CONNECT.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura,pihaknya berhasrat untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran dengan menawarkan kenderaan yang menggabungkan ciri-ciri canggih, prestasi dinamik, dan reka bentuk yang bergaya.

Sejak pengenalan generasi ke-11nya pada tahun 2022, lebih daripada 28,000 unit telah terjual di Malaysia. Civic kekal sebagai pilihan utama dalam segmen C bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016, dengan pegangan pasaran sebanyak 70 peratus setakat Oktober 2024.

Dengan reka bentuk semula yang bergaya, teknologi hibrid yang canggih dan ciri-ciri peneraju segmen, Civic facelift telah menetapkan penanda aras tinggi dalam segmennya.

Pelanggan boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply