ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia ceburi perniagaan kereta terpakai, lancar Honda Certified Used Car

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenakan Honda Certified Used Car (HCUC) bagi membolehkan rakyat Malaysia membeli kereta Honda terpakai yang diperakui melalui platform yang boleh diakses dan boleh dipercayai.

Buat permulaan, hanya terdapat enam pengedar HCUC dari beberapa wilayah berbeza, termasuklah MJN Motors Sdn. Bhd. (Selangor), Tiong Nam Motor (M) Sdn. Bhd. (Selangor), Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Penang), Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Johor), Yong Ming Motor Sdn. Bhd. (Johor) dan Chuan Thye Motor Sdn. Bhd. (Pahang).

Jumlah pengedar HCUC akan ditambah secara berperingkat bagi memenuhi permintaan dalam pasaran kereta terpakai di Malaysia.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pihaknya komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan memastikan kesemua kereta mereka, sama ada baharu ataupun terpakai, menggembirakan para pemiliknya.

Di bawah HCUC, pelanggan boleh memilih model-model kereta terpakai Honda yang berbeza. Kesemua kereta berusia lima tahun dan ke bawah, selain jarak perbatuan 100,000km dan ke bawah.

Honda Malaysia jga memastikan kereta yang dijual di bawah HCUC telah melalui pemeriksaan ketat, 288-titik oleh Pemeriksa Bertauliah Honda.

Ia meliputi keadaan enjin dan transmisi, fungsi dan bahagian bawah kenderaan serta keadaan luaran dan dalaman.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Pelanggan tidak perlu risau kerana kesemua kereta ini telah diperakui, dilengkapi dengan alat ganti tulen dan bebas dari kemalangan teruk dan kerosakan akibat ditenggelami banjir.

Selain itu, pelanggan yang memuat pembelian menerusi HCUC turut layak menerima jaminan lanjutan selama setahun di samping jaminan sedia yang masih sah. Untuk tidak ‘memeningkan kepala’, proses pendaftaran kereta akan dilakukan oleh pengedar sah HCUC.

Selain itu, pelanggan akan mempunyai akses kepada rangkaian pengedar sah Honda di seluruh negara seperti menghantar kereta terpakai mereka ke mana-mana pengedar Honda untuk khidmat selepas jualan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana enam pengedar bertauliah HCUC yang berhampiran atau hubungi Talian-Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply