ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia dan SOCAR bantu petugas barisan hadapan

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia dengan kerjasama SOCAR Mobility Malaysia Sdn. Bhd. (SOCAR) hari ini mengumumkan yang mereka bakal menyediakan sebanyak 50 unit Honda City kepada petugas barisan hadapan yang juga merupakan pelanggan Honda.

Kenderaan-kenderaan ini boleh digunakan dalam tempoh satu bulan oleh pelanggan Honda (petugas barisan hadapan) yang tidak dapat menggunakan kenderaan mereka dalam tempoh sukar ini untuk membantu melancarkan perjalanan mereka.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Honda Malaysia menghargai keberanian serta pengorbanan petugas barisan hadapan ini dengan memberikan sokongan moral kepada mereka dengan memudahkan pergerakan dan perjalanan dari rumah ke tempat kerja.

Syarikat juga berharap adagar inisiatif bersama SOCAR ini mampu mengurangkan kesulitan pengangkutan petugas barisan hadapan sekali gus memberikan ketenangan minda buat mereka ketika melaksanakan tugas. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membendung wabak COVID-19, dan para petugas baris hadapan sedang berusaha tanpa mengira penat lelah bagi melindungi Malaysia.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Bagi pihak Honda Malaysia, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat petugas baris hadapan kerana tanpa mereka agak sukar untuk membendung wabak ini. Pemilik kenderaan Honda (petugas baris hadapan) yang terjejas boleh melayari laman sesawang rasmi Honda Malaysia, www.honda.com.my/customer_service/enquiry untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply