ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia lancar varian baharu HR-V

Views

Dikala ramai yang masih sibuk ‘membawang’ tentang Perodua Aruz, semalam Honda Malaysia telah melancarkan varian baharu Honda HR-V termasuk varian Sport Hybrid i-DCD dan RS. Untuk pengetahuan semua, Honda di Malaysia adalah satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan sistem hibrid dengan transmisi Dual-Clutch Drive (i-DCD) ini.

Teknologi hibrid mula diperkenalkan ke Malaysia pada tahun 2004 dan Honda juga merupakan pengeluar kereta pertama di Malaysia untuk menghasilkan kenderaan hibrid secara pemasangan tempatan selain menjadi negara ketiga di dunia selepas Jepun dan Amerika Syarikat sejak tahun 2012. Honda HR-V juga merupakan SUV kompak yang pertama di Malaysia dengan teknologi Sport Hybrid i-DCD.

Sejak dilancarkan pada 2015, HR-V telah berjaya dijual melebihi 72,300 unit setakat akhir tahun lalu. Ia turut berjaya menguasai purata 81 peratus pegangan pasaran dalam segmen SUV kompak dan terus kekal memegang posisi teratas dalam segmen tersebut untuk tahun ketiga berturut-turut.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama, pasaran SUV kompak di Malaysia telah berkembang sejak 3 tahun yang lalu, dengan HR-V menjadi penyumbang utama ke arah pertumbuhan itu. HR-V muncul sebagai tiga model terlaris Honda Malaysia dengan purata sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan jualan.

Apa yang menarik tentang HR-V Sport Hybrid i-DCD?

  • Ia dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC dengan Suntikan Terus yang membantu meningkatkan prestasi kenderaan dan cekap bahan bakar.
  • Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-Kelajuan Dwi-Klac dan Motor Berkuasa Tinggi Bersepadu. Gabungan output enjin dan motor dibantu oleh bateri Lithium-Ion berkuasa tinggi yang memberikan kuasa hibrid yang setanding dengan enjin 2.0 liter.
  • Sistem Sport Hybrid i-DCD membolehkan kenderaan untuk memindahkan kuasa dari bateri kepada motor semasa Mod EV.
  • Sistem ini turut merangkumi sebuah Sistem Brek Servo Elektrik untuk penjanaan semula tenaga dan sistem pendingin hawa Pemampat Elektrik Sepenuhnya memberikan keselesaan buat pemandu dan penumpang.
  • Ciri-ciri eksklusif hibrid lain termasuklah Paparan Meter Pelbagai Maklumat 3D Bercahaya, Shift by Wire dan Mod Sport.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Selain varian hibrid, Honda Malaysia turut melancarkan varian RS sekaligus melengkapkan keluarga HR-V dengan empat varian keseluruhan (Hybrid, RS, V and E). Ini merupakan kali pertama varian RS diperkenalkan di Malaysia. Setakat ini Honda Malaysia telah menerima lebih 4,600 tempahan HR-V baharu.

HR-V RS dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams. Ia turut dilengkapi dengan ciri baharu iaitu sistem stereng Pelbagai Nisbah Gear (VGR) untuk pemanduan yang lebih sporty. Varian ini turut didatangkan dengan rim aloi dua-tona bersaiz 18 inci, jeriji hadapan dengan rekaan lebih sporty dan bampar depan dan belakang dengan kemasan hitam.

HR-V baharu turut menampilkan pelbagai ciri seperti kamera pandang belakang pelbagai-sudut, kerusi pemandu kuasa boleh laras 8-cara (V & RS), kerusi kulit sepenuhnya (V & RS), kamera Honda LaneWatch (V & RS), Kawalan Jelajah dan tuil gear tangan. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mendaki (HSA) dan ISO Fix.

HR-V baharu ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Passion Red Pearl (warna baharu dalam barisan model Honda), Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic dan White Orchid Pearl. Ia turut ditawarkan dengan tiga pakej aksesori – Pakej Modulo (RM5,737), Pakej Urban (RM1,716) dan Pakej Utiliti (RM1,716).

Honda Malaysia terus menawarkan waranti 8-tahun dengan perbatuan tanpa had untuk bateri hibrid. Honda Malaysia menyasarkan jualan 1000 unit HR-V petrol sebulan manakala untuk Sport Hybrid i-DCD pula adalah sebanyak 100 unit sebulan.

Harga varian baharu HR-V :

HR-V varian E – RM108,800
HR-V varian V – RM118,800
HR-V varian RS – RM124,800
HR-V Sport Hybrid i-DCD – RM120,800

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply