ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Honda Malaysia panggil balik 49,116 unit Odyssey dan Accord untuk penggantian pengesan bateri dan komponen cermin pintu

Views

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan panggilan balik 49,116 unit model Odyssey tahun pengeluaran 2014-2017, dan Accord tahun pengeluaran 2013-2016 untuk menggantikan pengesan bateri dan komponen cermin pintu. Namun, kempen panggil balik ini tidak melibatkan model jualan semasa.

1. Kegagalan Alat pengesan bateri
– Ia beraku disebabkan kecacatan pada papan litar PCB di dalam alat pengesan semasa proses pengeluarannya. Kegagalan ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada alat pengesan, dan boleh mengakibatkan bahagian hud berasap dan terbakar.
– Model yang terjejas: 20,233 unit Accord (tahun pengeluaran 2013 – 2016)

2. Komponen cermin pintu yang rosak
– Ini disebabkan oleh kerosakan komponen cermin tingkap yang bergerak hingga mengakibatkannya gagal berfungsi dan boleh menyebabkan cermin tertanggal, sama ada ketika bergerak atau parkir.
– Model yang terjejas: 27,912 unit Accord (tahun pengeluaran 2013-2016) dan 971 unit Odyssey (tahun pengeluaran 2014-2017) .

Setakat ini, stok alat ganti untuk proses penukaran tersedia 50 peratus untuk kedua-dua komponen. Pelanggan yang terlibat disarankan untuk membuat temu janji dengan salah satu daripada 91 pengedar rasmi Honda di Malaysia, untuk menggantikan komponen tersebut dan Honda Malaysia juga memberi jaminan bekalan alat ganti adalah mencukupi.

Buat masa ini tiada insiden melibatkan kebakaran, kemalangan dan kecederaan yang berkaitan dengan isu yang dilaporkan di Malaysia. Surat pemberitahuan akan dihantar kepada pemilik yang terlibat dan mereka perlu membawa kenderaan ke pusat pengedar berhampiran untuk pemeriksaan dan penukaran. Pemilik juga boleh memeriksa status kenderaan mereka di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian 1-800-88-2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply