ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia panggil balik 7,050 unit model CR-V keluaran 2018 – Ganti butang tekan tombol gear

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Honda Malaysia mengumumkan kempen kemaskini produk yang melibatkan sebanyak 7,050 unit model CR-V keluaran 2018 bagi menggantikan butang tekan tombol gear sebagai langkah berjaga-jaga. Kesemua model semasa yang dijual ketika ini tidak terlibat dengan kempen tersebut dan Honda Malaysia akan terus menegakkan ketelusan dan kawalan ketat untuk pelanggan mereka.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Kempen ini juga adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengatasi kemungkinan pelanggan mengalami kesukaran dengan tuil transmisi CR-V 2018 semasa menukar gear dari kedudukan pakir ke gear yang lain.  Honda Malaysia ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku disebabkan oleh kempen ini.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Penggantian komponen yang terlibat adalah percuma dan segala kos yang berkaitan untuk penggantian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang turut menjelaskan perincian mengenai kemaskini produk.

Pelanggan yang menerima surat ini dinasihatkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pengedar sah Honda yang berhampiran untuk pemeriksaan. Stok penggantian akan disediakan secara berperingkat-peringkat. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply