ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Honda Malaysia – Penggantian beg udara Takata kini 70 peratus selesai, stok tersedia 100 peratus setakat Ogos 2017

Views

Sejak 2014, Honda Malaysia giat untuk menggantikan inflator beg udara hadapan Takata dan ingin memaklumkan, nisbah penyelesaian keseluruhan bagi kedua-dua inflator beg udara pemandu dan penumpang hadapan kini 70 peratus setakat Ogos 2017. Secara individu, nisbah penyelesaian untuk inflator beg udara pemandu adalah pada 81.2 peratus, manakala untuk penumpang pula pada 59.5 peratus.

Honda Malaysia juga memastikan stok tersedia pada 100 peratus setakat Ogos 2017 dan masih meneruskan aktiviti penggantian menerusi Hab Bergerak di beberapa pusat membeli-belah dan stesen PETRONAS terpilih di seluruh negara. Honda Malaysia turut berterima kasih kepada PETRONAS Dagangan Berhad (PBD) kerana memberikan sokongan padu dan kerjasama bagi menjayakan kempen ini.

Hab Bergerak Honda Malaysia akan berada di beberapa pusat membeli-belah di Semenanjung Malaysia setiap hujung minggu pada bulan Ogos. Berikut adalah jadual lokasi dan waktu operasi penggantian di Hab Bergerak di beberapa pusat membeli-belah dan stesen PETRONAS:

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda Malaysia terus mengingatkan dan memaklumkan kepada pelanggan mengenai pentingnya menggantikan inflator beg udara Takata pada kenderaan yang terjejas menerusi media sosial, SMS dan surat pemberitahuan. Pemilik kenderaan yang terlibat adalah dinasihatkan untuk segera memeriksa kenderaan mereka dan menggantikan inflator tersebut di mana-mana Pusat Servis bertauliah Honda, Hab Pusat Membeli-belah dan stesen PETRONAS dengan kadar yang segera!

Mereka boleh membuat temujanji di mana-mana Pusat Servis bertauliah Honda untuk mengelakkan kelawatan atau kekurangan stok. Untuk aktiviti penggantian di Hab Pusat Membeli-belah dan stesen PETRONAS tidak memerlukan temujanji, hanya terus ke lokasi yang dinyatakan. Untuk menyemak status kenderaan Honda mereka, pelanggan boleh melayari laman sesawang www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau terus menghubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020.

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply