ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal City Hatchback V-SENSING – Harga RM91,708

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan varian baharu dalam barisan model City Hatchback, iaitu V-SENSING. Dijual pada harga RM91,708.51 varian ini sememangnya ideal untuk eksekutif dan keluarga muda dengan gaya hidup aktif.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Varian baharu ini bersama-sama dengan RS e:HEV kedua-duanya dilengkapi dengan Honda SENSING. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, varian City V-SENSING mula diperkenalkan pada 2021 dan ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Untuk suku pertama 2022, City V-SENSING menyumbang 34 peratus daripada jumlah jualan City. City Hatchback V-SENSING dilengkapi dengan Honda SENSING yang merangkumi ciri-ciri seperti:

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Pertembungan Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, City Hatchback V-SENSING turut dilengkapi dengan Honda LaneWatch. Varian ini dijana oleh enjin 1.5L DOHC i–VTEC yang digandingkan dengan transmisi CVT. Trenkuasa ini mampu menghasilkan output sehingga 121PS dengan daya kilas maksimum 145Nm.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply