ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal City Sport Hybrid i-DCD – Negara kedua selepas Jepun, harga bawah RM90k

Views

Honda City Sport Hybrid i-DCD mengikut jejak Jazz Sport Hybrid i-DCD menjadi model pertama di luar Jepun dan telah dilancarkan di Malaysia. Negara kita amat bertuah menjadi antara yang terawal menerima kehadiran model ini dan pengenalan City Hibrid dijangka bakal mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen-B. Sejak dilancarkan Mac tahun ini, City baharu telah mencatat rekod jualan melebihi 12,000 unit hanya dalam masa empat bulan! Model generasi ke-empatnya pula telah terjual sebanyak 115,800 unit sejak mula memasuki pasaran bermula Mac 2014.

Model kelima Honda Malaysia dalam barisan model baharu tahun ini dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang digabungkan bersama transmisi tujuh-kelajuan dual klac (DCT) dengan motor elektrik berkuasa tinggi. Gandingan ini membolehkan enjin memberikan sehingga 137PS dan 170Nm tork yang bersamaan dengan enjin berkapasiti 1.8L. Dari segi penjimatan minyak, City Hibrid merekodkan 3.9L/100km dan Honda menggunakan bateri jenis Lithium ion (Li-ion) yang mempunyai kapasiti lebih tinggi dan tahan lebih lama.

Antara ciri-ciri menarik City Hibrid adalah:

  • Paparan panel meter 3D yang memaparkan informasi seperti Aliran Kuasa, Meter Sport, Penggunaan Bahan Api, Informasi Pemanduan, Penyesuaian dan Paparan ECO.
  • Ruang but yang luas – 536L (sama seperti versi petrol dan paling besar dalam kelasnya)
  • Pemain audio dengan skrin sentuh bersaiz 6.8 inci
  • Panel pendingin hawa sentuh
  • Lampu nyalaan siang LED (DRL)
  • Lampu belakang LED
  • Rim aloi dua-tona bersaiz 16 inci
  • Empat beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
  • Kamera undur
  • Isyarat henti kecemasan (ESS)

Empat pilihan warna yang menarik ditawarkan pada model ini, antaranya ialah Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl. City Hibrid diberikan lima tahun waranti tanpa had perbatuan pada sela waktu servis setiap 10,000 km, manakala bateri Lithium ion pula diberikan lapan tahun waranti sebagai tambahan kepada waranti standard.

Harga bagi City Hibrid ditawarkan pada RM89,200 (tidak termasuk insurans). Pelanggan boleh memandu uji model City Hibrid dan Jazz Hibrid di mana-mana pengedar sah Honda yang telah dipaparkan di laman sesawang rasmi Honda Malaysia – www.honda.com.my. Untuk maklumat lanjut kunjungi mana-mana pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

BACA >> INFO : Tujuh sebab mengapa bank susah nak lulus pinjaman kereta anda

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply