Honda Malaysia hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan model Edisi Khas untuk City dan WR-V. Lebih menarik, kedua-dua model Edisi Khas ini masing-masing hanya akan ditawarkan sebanyak 99 unit sahaja.
Edisi Khas City V tampil dengan gaya yang lebih sporty dengan spoiler depan, sisi dan belakang, bersama-sama dengan lambang Edisi Khas.
Ia turut dilengkapi perakam video digital Honda (DVR) hadapan, lampu kaki, kemasan injak sisi yang bergaya dan alas bagasi untuk but belakang.
Selain itu, varian City V ini sudah dilengkapi dengan lapan pembesar suara, konfigurasi tempat duduk belakang boleh dilipat 60:40, ruang kargo 519 liter, enam beg udara, Honda SENSING dengan lapan ciri keselamatan dan Kunci Auto Setelah Beredar.
Sejak kemunculannya di Malaysia pada 2001, lebih 450,000 unit terjual secara keseluruhan dan Generasi ke-5 City facelift yang diperkenalkan pada Ogos 2023 telah terjual lebih daripada 26,200 unit setakat ini.
Selain City V, satu lagi model Edisi Khas turut diperkenalkan iaitu WR-V RS. Ia dilengkapi dengan lambang Edisi Khas dan spoiler bawah depan, sisi dan juga belakang.
Bukan itu sahaja, Edisi Khas WR-V RS juga dilengkapi dengan DVR hadapan, kemasan paip ekzos, penutup lapik panel belakang dan kemasan injak belakang.
Sehingga kini, terdapat lebih daripada 13,400 unit WR-V di jalan raya Malaysia, dengan varian RS muncul sebagai pilihan, mewakili 53 peratus daripada jumlah jualan model itu.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Varian RS ini turut dilengkapi dengan Honda SENSING, dan telah menerima penarafan lima bintang dari ASEAN NCAP.
Edisi Khas City varian V dijual pada harga RM94,900 dan hanya ditawarkan dalam pilihan warna Platinum White Pearl, dengan tambahan RM300 surcaj untuk warna tersebut.
Sementara itu, Edisi Khas WR-V varian RS dijual pada harga RM107,900 dan hanya ditawarkan dalam pilihan warna Stellar Diamond Pearl. Ini bermakna, harga untuk kedua-dua model Edisi Khas masih kekal seperti sebelumnya.
Edisi Khas WR-V RS akan mula dipamerkan di cawangan pengedar Honda mulai 12 September 2024, diikuti oleh Edisi Khas City V, pada penghujung bulan yang sama.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI