ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal Edisi X untuk City dan Jazz

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua model edisi terhad City X dan Jazz X. Kedua-duanya membawa lambang X untuk mempamerkan ciri ekslusif model Edisi X ini. Antara ciri tambahan yang ada pada model ini ialah Lampu Nyalaan Siang (DRL), tempat duduk separa-kulit dengan lambang X, dan Trunk Tray untuk kemudahan pelanggan. Dengan penawaran nilai-tambah ini, Honda Malaysia berharap dapat mewujudkan ‘keseronokan’ di kalangan pelanggan selain terus ‘berjaya’ menjadi model paling laris dalam segmen masing-masing.

City dan Jazz merupakan model Honda paling popular di Malaysia dengan menyumbang separuh dari jualan keseluruhan Honda Malaysia pada tahun ini. Sejak dilancarkan pada 2014, hampir 87,000 unit City dan lebih dari 34,000 unit Jazz telah terjual setakat Julai 2016.Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT dengan Tekonologi Earth Dreams yang menjimatkan bahan api dan pecutan yang lancar. Spesisfikasi dan ciri ciri lain pada kedua-dua model ini masih sama dengan City dan Jazz sedia ada.

Harga jualan City X adalah RM86,100 (Atas-jalan termasuk insurans) manakala Jazz X pula berharga RM82,500 (Atas-jalan termasuk insurans). Tempoh menunggu untuk Edisi X adalah sebulan. Hanya ada 450 unit City X dengan pilihan warna Modern Steel Metallic dan Dark Ruby Red Pearl dan Jazz X pula hanya ada 300 unit dengan warna Modern Steel Metallic dan Carnival Red.

Kedua-dua model ini diveri waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan, selang servisn yang diberikan untuk setiap 10,000km dan enam kali Servis Buruh Percuma diselang-seli dengan servis berbayar sehingga 100,000km. Untuk maklumat lanjut hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda_City_X_emblem Honda_City_X_Jazz_X Honda_City_X_Jazz_X_Leather_seat Honda_City_X_Trunk_Tray

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply