ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal Ultra Body Coating untuk semua model keluarannya

Views

Nak kereta Honda kesayangan anda sentiasa berkilat seperi kereta baharu? Honda Malaysia kini memperkenalkan Ultra Body Coating yang pertama kali seumpamanya khusus untuk semua kereta keluaran mereka. Produk ini dapat membantu pemilik mengekalkan kondisi kemasan cat badan tanpa perlu risau mengenai waranti cat kereta mereka.

Ultra Body Coating ini mempunyai lapisan berasaskan kaca yang sangat keras menepati Standard Industri (Penarafan 9H) khusus untuk melindungi cat dan warna pada permukaan badan kereta daripada haba, sinaran UV, habuk besi, najis burung, tar dan batu-batu kecil. Produk dari Honda Access ini diperbuat daripada bahan berasaskan-kaca dengan fungsi pelinciran yang membolehkan penyelenggaraan lebih mudah dan antifouling berkesan untuk memberi pelindungan lebih kepada cat badan.

Produk ini juga telah diuji dan disahkan oleh Honda Access di Jepun, yang merupakan jenama tulen yang bertauliah untuk aksesori Honda. Harga yang ditawarkan adalah RM2,880** sangat berpatutan dengan potongan harga dan produk ini sangat sesuai untuk semua model dengan jaminan selama tiga tahun. Jika perlu, penyelengaraan ketiga dan ke atas akan dikenakan cas (mengikut terma dan syarat).

Ultra Body Coating boleh diperolehi bermula dari 16 Oktober 2017, kecuali di Langkawi, Labuan, Miri, Sibu dan Bintulu. Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Access Ultra Body Coating, pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana 90 pusat pengedar Honda seluruh negara atau hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply