ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal warna White Orchid Pearl untuk model Jazz, City, BR-V dan HR-V

Views

Setelah memperkenalkan warna White Orchid Pearl buat pertama kalinya pada model Civic CKD dan Accord, akhirnya kesemua model keluaran Honda Malaysia bakal mendapat warna premium tersebut bagi menggantikan warna Taffeta White. Warna tersebut telah mendapat sambutan yang positif dan setakat ini ia menyumbangkan 38 peratus dan 33 peratus untuk jualan keseluruhan Civic dan Accord. CR-V yang diperkenalkan dengan warna tersebut tahun lalu berjaya mencatatkan 26 peratus jualan keseluruhan hingga setakat ini.

Tempoh menunggu untuk keempat-empat model ini dijangka antara 1 hingga 2 bulan. Warna White Orchid Pearl untuk model BR-V dan HR-V boleh didapati pada minggu ketiga bulan Februari 2018. Surcaj untuk warna White Orchid Pearl ialah RM120 untuk model Jazz dan City, manakala surcaj untuk BR-V dan H-RV pula ialah RM300. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 93 pengedar sah Honda seluruh negara untuk melihat warna terbaharu ini dan membuat tempahan. Untuk maklumat lanjut hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply