ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Honda Malaysia sahkan inflator beg udara pecah, pemandu maut dalam kemalangan

Views

Dalam satu siaran akhbar kepada media semalam, Honda Malaysia telah mengesahkan kejadian inflator beg udara pemandu Takata peringkat satu (SDI) pecah dalam satu kemalangan pada 1 Januari 2018, di Malaysia. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kematian pemandu tersebut. Setakat ini punca kematian masih lagi belum diketahui.

Hasil siasatan bersama dengan Polis DiRaja Malaysia, Honda mengesahkan inflator beg udara pemandu Takata peringkat satu (SDI) telah pecah dalam kemalangan sebuah Honda City keluaran 2004 pada 1 Januari 2018 di negeri Selangor. Kenderaan yang terlibat turut termasuk dalam kempen Malaysian Product Recall yang telah diumumkan pada 21 Mei 2015 dan memerlukan penggantian inflator beg udara pemandu Takata SDI bahagian depan.

Beberapa surat pemberitahuan telah dihantar namun ia tidak sampai kepada pemilik berikutan berlaku pertukaran pemilikan. Rekod mendapati kenderaan tersebut masih lagi tidak menukar inflator. Walaubagaimanapun, Honda mengesahkan inflator beg udara penumpang berfungsi dengan baik semasa kejadian.

Berikut adalah aktiviti yang dilakukan oleh Honda Malaysia dalam kempen Penarikan Balik Inflator Beg Udara Takata:

  • Menghantar lebih daripada 2,900,000 surat kepada pelanggan yang terjejas.
  • Kempen yang diiklankan dan siaran akhbar dikeluarkan untuk memberitahu orang ramai.
  • Mengeluarkan notis di laman web syarikat, membuat VIN (nombor casis) untuk mencari kenderaan terjejas di laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.
  • Melaksanakan ‘kempen jangkauan’ di semua aktiviti dan pameran bergerak.
  • Menghantar e-mel kepada lebih daripada 35,800 pelanggan terjejas.
  • Menghantar lebih daripada 2,760,000 SMS kepada pelanggan yang terjejas.
  • Berkongsi maklumat mengenai penarikan balik di majalah Honda With Dreams.
  • Membuat panggilan telefon kepada lebih daripada 71,700 pelanggan terjejas.

Syarikat turut mempertingkatkan aktiviti penggantian inflator beg udara termasuklah memastikan ketersediaan stok di tahap 100 peratus untuk inflator beg udara pemandu dan penumpang, serta meningkatkan kapasiti servis menerusi Hab Pusat Servis, Hab Bergerak, Hab di stesen minyak Petronas terpilih, Hab di jerayawara Honda dan memberi keutamaan kepada aktiviti penggantian di pusat pengedar.

Setakat 25 Januari 2018, Honda Malaysia telah menyelesaikan lebih dari 221,000 unit inflator beg udara depan Takata, dengan nisbah penyelesaian 84 peratus. Jumlah keseluruhan penggantian yang telah diselesaikan melebihi 427,000 unit atau 76 peratus nisbah penyelesaian.

Untuk model City tahun pengeluaran (2003-2008), Honda Malaysia telah menyelesaikan penggantian lebih dari 93,000 unit inflator beg udara pemandu dan penumpang Takata, dengan nisbah penyelesaian 77 peratus. Akibat insiden tersebut, Honda Malaysia menggesa dan menasihati pemilik City tahun pengeluaran (2003-2008) untuk memeriksa dan membaiki kenderaan mereka dengan segera di pusat pengedar sah Honda.

Model jualan semasa Honda tidak terlibat dalam kempen penarikan balik tersebut. Pemilik digesa untuk mendaftarkan kenderaan di pusat pengedar yang berhampiran dan memeriksa status kenderaan masing-masing di www.productrecall.honda.com.my atau www.honda.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau terus ke mana-mana pusat pengedar sah Honda berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply