ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia serah Civic ke-170,000 dan HR-V ke-150,000 kepada pelanggan

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia mencatat satu lagi sejarah dalam arena automotif tempatan selepas menyerahkan model Civic ke-170,000 dan HR-V ke-150,000 kepada pelanggannya, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, berkata model Honda terus meraih populariti dan peningkatan dalam permintaan berkat sokongan pelanggannya.

“Honda Malaysia ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama tersebut.

“Kini Civic generasi ke-11 yang menjadi ikonik Honda telah mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju Segmen-C bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“HR-V pula telah memikat hati ramai rakyat Malaysia sejak penampilannya di Malaysia sembilan tahun lalu dan menetapkan penanda aras tinggi dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Malaysia.

Dengan reka bentuk yang luar biasa dan pilihan rangkaian kuasa yang maju, pihaknya percaya HR-V akan terus menjadi SUV kompak kegemaran rakyat Malaysia,” katanya.

Civic ke-170,000 adalah varian 2.0L e:HEV RS, manakala HR-V ke-150,000 pula ialah varian 1.5L e:HEV RS. Kedua-dua model berkenaan diserahkan kepada pemilik masing-masing, iaitu Lim Chin Hui dan Asha Waheda pada majlis penyerahan khas di premis Honda Botanic Auto Mall Sdn Bhd di Klang.

Sebagai tanda penghargaan untuk meraikan majlis itu, kedua-dua pemilik diberikan hadiah eksklusif dan aksesori tulen Honda bernilai RM10,000.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Pada separuh pertama 2024, Honda Malaysia meraih jualan keseluruhan lebih daripada 39,200 unit, mewakili pertumbuhan 16 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

HR-V, yang menjadi model paling dicari dalam segmen SUV kompak bukan nasional, adalah penyumbang terbesar dengan 28 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia.

Model kedua terlaris adalah City, yang menyumbang 24 peratus, diikuti oleh CR-V dengan 15 peratus. Syarikat juga menyaksikan permintaan yang meningkat untuk teknologi e:HEV.

Ditawarkan dalam model seperti City, City Hatchback, Civic, HR-V dan CR-V, Honda Malaysia terus mengukuhkan kehadiran teknologi e:HEV dalam industri.

“Varian e:HEV menyumbang 13 peratus kepada jualan Honda Malaysia pada separuh pertama 2024, menandakan pertumbuhan yang besar bagi model hibrid Honda,” kata syarikat itu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply