ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia serah kereta Edisi Khas 1 Million Dreams kepada empat pemenang bertuah

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini meraikan pencapaian jualan kesejuta unit dengan menyerahkan empat unit model Edisi Khas di acara 1 Million Dreams Grand Finale yang bertemakan pesta ria. Berikut adalah senarai pemenang bertuah dan model Edisi Khas yang dimenangi oleh mereka:

No. Model Pemenang
1. Jazz Mr. Shaiful Rezza Bin Abdul Razak (Polis)
2. Civic Mr. Chuah Sze Yong
3. New CR-V Ms. Lim Lye-Gaik
4. Accord Mr. Abdul Hakim Bin Mohd Radzi

 

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

1 Million Dreams Grand Finale adalah kemuncak “1 Million Dreams Campaign” yang berlangsung pada Februari dan Mac 2021. Ia turut disertai oleh beberapa jenama terkemuka iaitu CUCKOO, Shopee dan Watsons. Kempen yang bermula sejak Februari 2021 telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di mana lebih daripada 155,600 penyertaan diterima hanya dalam masa satu bulan!

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, pihaknya ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan Honda, rakan-rakan media, rakan kongsi pengedar dan Kerajaan Malaysia atas sokongan padu mereka kepada Honda Malaysia. Pada masa yang sama beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang bertuah.

Baki tiga lagi model Edisi Khas iaitu BR-V, City dan HR-V akan diumumkan oleh CUCKOO, Shopee dan Watsons pada awal April 2021. Honda Malaysia juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghadiri acara Pesta Ria 1 Million Dreams Grand Finale bersama keluarga dan rakan-rakan yang bermula hari ini sehingga esok (28 Mac 2021) mulai jam 10 pagi hingga 10 malam di perkarangan letak kereta C, Stadium Nasional Bukit
Jalil.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti Roda Ferris, Merry-Go-Round, Bumper Cars, Paratrooper,
Instax Photo-Booth, serta pelbagai pilihan trak makanan dan hadiah percuma menanti semua pengunjung. Masuk adalah percuma.

Acara ini dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Permainan riadah pesta ria akan disanitasi minimum setiap 2 jam manakala permainan di dalam kawasan tertutup akan disanitasi sekerap yang mungkin.

Kereta-kereta pandu uji juga akan disanitasi setiap kali sesi pandu uji selesai. Sebagai langkah keselamatan tambahan, Honda Malaysia akan menyediakan perlindungan asas kepada semua pengunjung di acara tersebut. Pihaknya juga menggalakkan pelawat supaya mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakkan sosial pada setiap masa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Model-model Edisi Khas “1 Million Dreams Campaign”

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply