ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia teruskan momentum perniagaan – Beberapa model baharu bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun ini

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia kembali meneruskan momentum perniagaan mereka dalam empat bulan terakhir tahun 2021 dengan memperkenalkan beberapa model baharu, inisiatif kewangan dan kempen promosi. Kilang pengeluaran di Melaka dan bilik pameran juga kini kembali dibuka dengan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pihaknya berterima kasih dengan para petugas barisan hadapan yang ‘berkorban nyawa’ demi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Tambah beliau, pihaknya turut mengambil langkah pencegahan antaranya ujian calitan untuk kakitangan setiap dua minggu, serta sanitasi dan nyahkuman di premis secara kerap.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, hampir 80 peratus kakitangan Honda telah pun mendapatkan dos lengkap vaksinasi mereka menerusi Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). Honda Malaysia juga turut merancang untuk memperkenalkan beberapa model baharu yang menampilkan Teknologi Generasi Baharu Termaju Honda yang bakal diperkenalkan beberapa bulan lagi.

Sebagai tambahan kepada penurunan harga dengan insentif cukai, Honda Malaysia menawarkan promosi “September Special Benefits” bermula dari 1 hingga 30 September 2021. Kempen ini meraikan Hari Malaysia dengan faedah sehingga RM6,000 untuk para pelanggan.

Dalam masa yang sama Honda Malaysia turut menawarkan inisiatif kewangan “Special Financing Program” yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini membolehkan pelanggan yang membeli kereta baharu membayar ansuran bulanan lebih rendah ketika fasa awal pemilikan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Para pelanggan juga boleh menempah kereta Honda kegemaran menerusi Platform Pra-Tempahan Dalam Talian di laman sesawang rasmi Honda Malaysia dan aplikasi HondaTouch dengan yuran minima serendah RM99.

Aplikasi HondaTouch turut membolehkan pelanggan membuat janji temu servis dengan lebih mudah dan pantas. Pada bulan Mac lalu, Honda Malaysia telah mencapai sasaran 1 juta unit jualan dan City muncul model terlaris dengan 35 peratus jumlah jualan pada bulan Ogos.

Ia diikuti dengan Civic, Accord, HR-V dan CR-V yang masing-masing menyumbang 72 peratus, 36 peratus, 71 peratus dan 24 peratus pegangan pasaran.

Di samping itu juga, Honda Malaysia turut tampil dengan beberapa inisiatif untuk membantu komuniti yang memerlukan di kala pandemik ini, antaranya mengagihkan pek makanan, minuman dan barangan penjagaan diri kepada pesakit yang di kuarantin, selain memberikan sebuah BR-V untuk kegunaan kakitangan di Pusat Rawatan Risiko Rendah (PKRC), di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply