ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia umum harga jualan baharu dengan SST

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu untuk semua modelnya berikutan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa 1 September 2018. Harga baharu ini adalah termasuk 10 peratus Cukai Jualan yang dilaksanakan untuk kenderaan bermotor.

Model CKD Honda seperti Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V dan Accord akan ditawarkan pada harga bermula dari RM70,242 hingga RM169,398 manakala harga untuk model CBU seperti Odyssey dan Civic Type R akan dijual pada harga RM258,896 dan RM330,002. Pengenalan SST bakal menyaksikan kadar ditetapkan untuk jualan sebanyak 10 peratus dan 6 peratus untuk perkhidmatan. Khidmat selepas-jualan Honda Malaysia adalah tertakluk kepada 6 peratus cukai perkhidmatan untuk upah penyelenggaraan.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia En. Toichi Ishiyama berkata, dengan undang-undang baharu SST bermula 1 September, Honda Malaysia telah merombak harga untuk model keluarannya dan khidmat selepas-jualan. Selain itu Honda Malaysia turut mengumumkan kempen ‘Joy of Buying’ bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia dan sambutan Ulangtahun ke-70 Honda.

Kempen ini bermula dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018 menyasarkan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan Honda yang bertuah yang menghantar slogan paling kreatif dengan 7 unit Honda City, 17 unit Sistem Teater Rumah Blu-ray Sony dan 277 barangan cenderahati rasmi Honda.

Berikut adalah senarai penuh harga model Honda termasuk SST:

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga Dengan Warna Baharu Ditemui

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply