ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Odyssey facelift 2022 diperkenalkan, harga dari RM275,211

Berita Tempatan

Views

Setelah beberapa kali dikesan diuji di jalan raya, akhirnya Honda Malaysia hari ini memperkenalkan Odyssey facelift 2022 yang didatangkan secara siap bina (CBU) dari Jepun. Harga yang ditawarkan bermula dari RM275,311.00.

Odyssey facelift 2022 ditawarkan dalam tiga pilihan warna yang menawan, antaranya Platinum White Pearl, Premium Twinkle Black Pearl dan Super Platinum Metallic.

Model ini buat julung kalinya diperkenalkan secara global pada 1994 dan mula menerjah pasaran tempatan pada 2003. Sehingga ke hari ini, hampir 2,000 unit Odyssey telah berjaya dijual.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pengenalan model ini memenuhi kehendak pelanggan seperti keluarga dan eksekutif yang mahukan MPV yang memiliki keselesaan pemanduan, reka bentuk luaran elegan dan ciri utitili yang tiada tandingan.

Odyssey facelift 2022 tampil dengan gaya yang lebih segar menerusi jeriji hadapan serba baharu, lampu depan jenis LED dengan lampu posisi baharu dan rekaan bampar depan baharu. Di bahagian belakang, ia dilengkapi lampu belakang rekaan baharu dan bampar belakang rekaan baharu.

Melengkapi penampilan model MPV mewah ini adalah rim aloi 17-inci baharu, serta lampu signal depan dan belakang dengan nyalaan berturutan. Di ruangan kabin, ia didatangkan dengan rekaan papan pemuka baharu yang turut dilengkapi dengan ruang simpanan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Di tengah papan pemuka pula dipasangkan dengan sistem infohibur dengan skrin 8-inci yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, serta paparan meter jenis TFT baharu yang lebih terang. Tempat duduk model ini dibaluti kulit. manakala di barisan tengahnya dilengkapi dengan Captain Cradle Seat dan Ottoman.

Odyssey facelift 2022 kini dilengkapi dengan Pintu Belakang Kuasa Bebas-Tangan di belakang yang boleh dibuka dengan menjulurkan serta menggerakkan kaki sahaja di bawah bampar belakang. Dari segi keselamatan, ia menampilkan Honda SENSING yang merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Cegah Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Berlepas Lorong (LDW)
  • Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, ia turut mengekalkan ciri-ciri seperti Sistem Kamera Pelbagai Paparan dengan Bantuan Parkir Pintar, Informasi Titik Buta dan Sistem Pemantau Lintasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply