ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda perkenal generasi kedua HR-V untuk Amerika Utara – Gaya berbeza, saiz lebih besar

Berita Global

Views
The all-new 2023 Honda HR-V has arrived

Honda telah memperkenalkan generasi kedua HR-V untuk pasaran Amerika Utara. Ia menampilkan gaya reka bentuk yang sama sekali berbeza dengan versi yang dijual di pasaran Asia dan juga Eropah.

Meskipun penggayaan HR-V versi Amerika Utara ini lebih konvensional, namun ia dikatakan bakal mendapat enjin yang lebih berkuasa.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Model sebelumnya dikuasakan oleh enjin 1.8-liter empat-silinder yang menjana 141 kuasa kuda, tetapi belum dapat dipastikan berapa peningkatan kuasa diberikan untuk model baharu ini.

Agak mengejutkan, Honda juga bercadang untuk menjual model ini ke pasaran Eropah bermula tahun depan dan ia mungkin mendapat nama yang berbeza.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Model crossover ini berkongsi pelantar dengan generasi ke-11 Civic dan ia mempunyai panjang jarak gandar lebih 5-inci berbanding model sebelumnya. Bukan itu sahaja, lebarnya juga turut bertambah namun tidak dinyatakan secara spesifik.

Menurut naib presiden Jualan Automobil Honda Amerika, Michael Kistemaker, HR-V generasi baharu ini akan meningkatkan lagi kedudukannya sebagai peneraju segmen dan ia disasarkan kepada pembeli muda, pembeli kali-pertama dan pelanggan pelbagai budaya.

Apa pandangan anda mengenai HR-V versi Amerika Utara ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply