ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda siar imej rasmi pertama Civic 2022

Berita Global

Views

Setelah beberapa siri intipan, akhirnya Honda telah menyiarkan imej rasmi pertama model pengeluaran generasi ke-11 Civic (2022) di laman maya. Ini bermakna Honda telah memulakan persiapan untuk pengeluaran massanya yang akan dibuat di fasiliti pembuatannya di Alliston, Kanada.

Model ini mula membuat penampilan sulung pada November tahun lalu menerusi Civic Prototype dan dikatakan sebagai model sedan paling seronok untuk dipandu dan tercanggih sejak hampir 50-tahun yang lalu.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Diinspirasikan dari rekaan yang “tidak lapuk dek zaman” dan nilai fokus manusia pada model terdahulu Civic, para pereka dan jurutera mengutamakan falsafah reka bentuk yang memaksimumkan keseluruhan persekitaran untuk pemandu dan penumpang, di samping meminimumkan ruang yang diperlukan untuk komponen mekanikal.

Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan keupayaan pemandu untuk menikmati kereta tersebut dengan selamat. Hasilnya, lahirlah wajah baharu Civic yang lebih sporty dengan reka bentuk dalaman yang lebih moden dan ringkas.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Seperti yang diumumkan sebelum ini, model Civic Hatchback akan menyusul beberapa bulan selepas pelancaran versi sedannya. Buat julung kalinya, versi Hatchback ini juga akan dihasilkan di Amerika Syarikat di fasiliti pengeluaran yang terletak di Indiana.

Maklumat lanjut mengenai model ini, termasuklah foto, video dan spesifikasi penuh hanya akan didedahkan pada 28 April ini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto intip Honda Civic 2022

Civic Prototype 2022

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply