ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Thailand lancar City Hatchback dan City e: HEV Hybrid secara maya esok

Berita Global

Views

Seperti biasa, negara jiran kita Thailand menjadi tuan rumah kepada acara pelancaran global untuk jenama Honda. Kali ini, Honda Thailand diberi penghormatan untuk memperkenalkan dua versi baharu City, iaitu City Hatchback dan City e:HEV, esok. Difahamkan versi City e: HEV Hybrid tidak banyak berbeza dengan versi RS i-MMD yang akan tiba pada Januari tahun depan di Malaysia.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Sebenarnya kami lebih tertarik kepada versi ‘kontot’, City Hatchback yang diwar-warkan sebelum ini sebagai pengganti kepada Jazz. Dalam artikel terdahulu, kami pernah menyiarkan beberapa imej paten model tersebut yang telah tertiris di laman Instagram dan ia telah divisualkan secara maya oleh pakar pemanipulasi digital, Theophilus Chin.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Selain itu, model hatchback ini juga telah beberapa kali diintip  ketika sedang memakai seragam celoreng oleh warganet yang berada di negara ‘Gajah Putih’ itu. Kami meramalkan, City Hatchback akan tiba di Malaysia pada suku ketiga atau keempat tahun depan.

Upacara pelancaran rasmi kedua-dua model baharu ini di Thailand akan dipancarkan secara langsung secara dalam talian esok menerusi laman Facebook dan juga YouTube rasmi Honda Thailand. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply