ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Tomo Concept – Kereta elektrik yang boleh berubah dari sebuah coupe kepada pikap

Berita Global

Views

Honda dan Istituto Europeo di Design (IED) telah berganding bahu untuk memperkenalkan model konsep Tomo di Geneva Motor Show pada bulan hadapan. Pratontonnya telah dibuat bulan lepas dan Tomo merupakan kenderaan elektrik kompak yang berkongsi beberapa gaya rekaan model konsep Urban EV yang telah dipamerkan semasa Frankfurt Motor Show pada 2017.

Sebenarnya Tomo ini adalah sebahagian daripada projek tesis 13 orang pelajar dari IED Torino yang kini dalam proses untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam reka bentuk pengangkutan. IED berkata, para pelajar tersebut telah ditugaskan untuk mencipta “cara pengangkutan yang ideal untuk golongan muda dalam tempoh enam tahun akan datang”.

Seperti dalam dunia pekerjaan sebenar, mereka telah menghabiskan masa berbulan-bulan untuk merancang dan membuat kajian ciptaan mereka yang digambarkan sebagai sebahagian “peranti pintar” dan sebahagian “alat mobiliti”.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Nama Tomo dipilih sempena istilah Bahasa Jepun yang membawa maksud sahabat dan ia ditafsirkan sebagai “sahabat setia” yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemiliknya. Buat masa ini spefikasinya masih lagi dirahsiakan, namun jika dilihat dari illustrasi rekaan tersebut ia Tomo merupakan sebuah model coupe cilik yang boleh bertukar kepada trak pikap kecil.

Rekaan luarannya telah direka oleh Ricardo Alejandro Campos Ortega manakala Rudraksh Banerjie pula ditugaskan untuk mereka bentuk bahagian dalaman. Rekaan ini telah muncul sebagai pemenang yang dipilih oleh Honda dan kemudiannya diperhalusi oleh satu pasukan yang dianggotai oleh Tanmay Madhukar Chavan, Michele Corneliani, Shobhanjit Das, Alexander Marcel Fröse, Xiaole Ge, Ramón Emmanuel Hernández Cortés, Tianchen Huang, Sameer Aminullah Khan, Saketh Nalla, Jay Shrikant Nibandhe dan Yu-Jie Wang.

Model konsep Tomo akan diperkenalkan pada bulan hadapan dan versi berskala penuhnya pula dibina oleh EDAG Italia. Kereta konsep ini hanyalah sekadar untuk pameran dan ia tidak akan dikeluarkan. Honda telah mengesahkan perancangannya untuk melancarkan model Urban EV versi pengeluaran pada penghujung tahun ini.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply