ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Urban SUV Concept

Views

Honda-Urban-SUV-23[2]

Setakat ini saya rasa Honda Urban SUV Concept merupakan antara model yang tercantik yang pernah mereka pamerkan untuk sesebuah pameran auto. Honda Urban SUV Concept ini bakal membuat kemunculan di Detroit auto show tidak lama lagi. Dikhabarkan model ini bakal memberi gambaran bakal model generasi baru Fit/Jazz kerana model ini dibangunkan menggunakan platform model tersebut.

Jika model ini dikeluarkan nanti, ia bakal bersaing dengan model SUV lain seperti Peugeot 2008, Renault Captur, Opel / Vauxhall Mokka dan Chevrolet Trax dipasaran Eropah. Enjin model ini juga berkongsi dengan model generasi baru Fit/Jazz dan bakal ada pilihan enjin diesel untuk pasaran tertentu.

sumber : carscoop.blogspot.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • orang lain lepas satu satu produk d keluarkan..lambatnya proton bergerak..produk ada,,,design pun ada juga yang bagus kalau tengok dekat proton punya pameran..bukan takde yang bagus tapi akhirnya…

    harap proton dapat ubah semua ini…kalau boleh dalam 5 hingga 6 tahun akan datang, aku nak banding semua jenis kenderaan dengan buatan proton..tapi bukan rebadge..klau rebadge lagi mamcam inspira, cantik n hot macam mana pun, bukan kita punya…sama macam myvi,,hot tapi bukan kita punya…savvy memang buruk tapi kita punya…kebanggaan kena ada…n lepas tu seharusnya setanding dengan kualtiti yang mantap…

    balik pada topik, memang cantik…cun juga…ada iras2 murano pun ada…

Leave a Reply