Sebentar tadi, laman Facebook rasmi Honda Motorcycle Malaysia mengacah satu lagi foto yang memaparkan bahagian sisi model skuter Honda Vario 160 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan kapsyen berbunyi:
Jika ini adalah pandangan anda di jalan raya selepas 22 November, anda pastinya telah ketinggalan! Ayuh!!! Jom Alami Gegarannya!
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Ini sekali gus mengesahkan Boon Siew Honda (BSH) akan melancarkan skuter Vario 160 pada 22 November nanti. Model skuter ini telah melakukan debut global sulungnya di Indonesia, pada Februari 2022.
Ia telah dipamerkan untuk tatapan umum buat kali pertama di reruai Honda di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bersempena dengan perlumbaan MotoGP bulan lalu.
Vario 160 menampilkan reka bentuk panel badan serba baharu dan dikuasakan oleh enjin 156.9 cc yang menjana 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm daya kilas pada 7,000 rpm yang disambungkan kepada transmisi automatik V-Matic.
Antara ciri-ciri menarik Vario 160 adalah sistem brek anti-kunci (ABS) yang dipadankan bersama brek cakera di belakang, sistem kunci pintar, panel meter digital dan slot pengecasan USB dalam kotak konsol.
Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Honda Motorcycle Malaysia
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI