Boon Siew Honda (BSH) telah menganjurkan majlis pelancaran produk dan peragaan fesyen sulung untuk memperkenalkan model, Wave Dash Fi baharu. Dengan slogan “Make An Impression, Everywhere You Go”, Wave Dash Fi tampil dengan rekaan yang menarik, bergaya dan trendy untuk memenuhi keperluan fesyen semasa penunggang muda.
Rekaan terkini grafik Wave Dash Fi diinspirasi dari celoreng penyamaran tentera berwarna kelabu dan grafik geometri warna khas CB650, bersama panel meter bergaya dan plat pelindung haba baharu yang dipertingkatkan. Mesin jenis underbone atau kapcai dwi brek cakera dan break cakera depan (2 Type) ini dilengkapi dengan enjin empat lejang 109cc yang bersepadu dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi).
Selain rekaan luar yang lebih segar, kecekapan bahan api terus dipertingkatkan ke 61.1km/L bersama kuasa maksimum yang meningkat kepada 6.40Kw untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih baik. Wave Dash Fi juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Wave Dash Fi didatangkan dalam tiga warna fesyen bergaya: Biru Mutiara Senja, Hitam Mutiara Magellen dan Merah Lincah serta warna eksklusif, Edisi Repsol.
Ditawarkan dalam edisi S Type (Cakera Brek Tunggal), R Type (Cakera Brek Berganda) dan Edisi Repsol (Cakera Brek Berganda)., masing-masing pada harga yang disyorkan bermula daripada RM5,860.74, RM6,178.74 and RM6,337.74 termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Spesifikasi Teknikal Wave Dash Baharu Honda
Jenis Enjin | 4-lejang, Penyejuk Udara OHC |
Anjakan | 109.17cc |
Jara & Lejang | 50.0mm x 55.6mm |
Sistem Pemula | Pemula Kaki dan Auto Elektrik |
Sistem Pencucuhan | Transistor Penuh |
Jenis Transmisi | 4 kelajuan tetap |
Suspensi (Depan) | Teleskopik |
Suspensi (Belakang) | Berkembar |
Saiz Tayar (Depan) | 70/90 – 17M/C 38P |
Saiz Tayar (Belakang) | 80/90 – 17M/C 50P |
Dimensi Keseluruhan | 1,907mm x 709mm x 1,080mm |
Dimensi Jarak Roda | 1,227mm |
Berat | 102kg (Dash S)/ 104kg (Dash R) |
Kapasiti Tangki Minyak | 4.0 liter |
Sistem Bahan Api | Pancitan Bahan Api Teratur |
Kuasa Kuda Maksimum | 6.40 KW (8.70 PS) @ 7,500RPM |
Tork Maksimum | 8.66 KW (0.88kgf.m) @ 6,000RPM |
KLIK UNTUK BESARKAN
salam….knp pembelian motor skrg ambil masa yang lama menunggu..untuk model rs150 contoh yer dan harga pun banyak kenaikan dari mula-mula keluaran tahun lepas…hampir rm2500..mohon pencerahan…