ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda WR-V buat kemunculan di Sao Paulo Motorshow 2016

Views

Inilah dia Honda WR-V yang buat pertama kalinya diperkenalkan di Sao Paulo Motorshow 2016 yang baharu sahaja membuka tirainya. Honda WR-V adalah sebuah crossover-hatchback yang dibangunkan dari Jazz. Model ini bakal berentap dengan Vitara Brezza dan Ford EcoSport dijangka bakal tiba di India sekitar bulan Mac tahun depan.

Rekabentuk luaran model ini nampak lasak dan aggresif dengan bahagian depan yang lebih berotot dan amat ketara perbezaannya dengan Jazz yang lebih comel. Di bahagian sisinya pula, walaupun nampak profil sisi Jazz tetapi dengan tambahan pelapik pada lengkung tayar ia telah berjaya memberikan visual sebuah SUV kepada model ini. Bahagian belakangnya juga berbeza dengan Jazz walaupun masih mengekalkan bentuk asal lampu dan pemantul cahaya menegak pada tepi cermin pada Jazz telah digantikan dengan lampu kecil tambahan di bahagian bawah.

WR-V untuk pasaran India dijangka mendapat enjin dan transmisi yang sama dengan model standard. Ini termasuklah pilihan unit 1.2-liter, i-VTEC petrol yang dipinjam dari Brio, dan enjin diesel 1.5-liter Earth Dreams i-DTEC dari City dan Mobilio. Pilihan kotak gear pula termasuklah transmisi manual lima-kelajuan dan CVT untuk enjin petrol, manakala untuk diesel pula akan digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan manual.

KLIK UNTUK BESARKAN

14991411_1149866551716085_2161008999341138489_o 15000227_1149866548382752_6611789126796900545_o 15016388_1149866595049414_6103292097220810109_o 15025594_1149867655049308_7122728423604965523_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply