ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda ZR-V bakal buat penampilan global di GIIAS 11 November ini

Berita Global

Views

Menurusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Hondaisme, Honda Indonesia mengesahkan sebuah model konsep SUV kompak bakal membuat penampilan global sulungnya sempena pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021, 11 November ini.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Difahamkan model konsep SUV lima tempat-duduk yang berasaskan model BR-V generasi kedua itu akan dikenali dengan nama ZR-V. Model tersebut mula diacah buat kali pertama diselubungi kain merah semasa pelancaran BR-V bulan September lalu.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Imej acah ZR-V sekali lagi muncul buat kali kedua semasa pelancaran model sedan City dan Civic generasi baharu di Indonesia. Menerusi imej yang dipaparkan, kita dapat melihat imbasan model SUV kompak tersebut yang bakal bersaing dengan Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Renault Kiger di negara republik itu.

Sekilas pandang, ia seakan BR-V versi pendek dengan rekaan lampu depan jenis LED dengan lampu siang (DRL) yang lebih canggih, lampu belakang yang unik dengan susunan grafik LED seperti garisan putus dan lencana RS. Tiada sebarang informasi lanjut diberikan buat masa ini dan kita nantikan kemunculannya 11 November nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply