ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hot Wheels perkenal Batmobile kawalan jauh dengan perincian yang sangat padu!

Berita Global

Views

Menjelang tayangan filem terbaharu adiwira Batman yang berjudul The Batman pada Mac tahun depan, pengeluar mainan terkemuka, Hot Wheels memperkenalkan Batmobile kawalan jauh.

Saiznya juga agak besar dengan skala 1:10 dan apa yang mengujakan, perincian dan kemasannya tersangatlah padu! Kesemua lampunya, dari depan, belakang dan pada jerijinya boleh menyala.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Dari imej yang dipaparkan, kita boleh melihat perincian pada badan model skala kawalan jauh, seperti kesan sisa kotoran pada sisi badan dan juga di permukaan tayar, selain kesan calar.

Bahagian enjin V8nya juga dihasilkan dengan sangat teliti dan hampir sama dengan Batmobile sebenar dalam filem. Paling syok, corong enjin jetnya juga boleh menyala dan mengeluarkan asap, memang sangat realistik!

Tidak cukup dengan itu, kemasan di bahagian dalamnya turut membuatkan penulis semakin teruja. Perincian pada papan pemuka, tombol gear dan panel meternya juga boleh menyala.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Bahkan anda akan mendapat satu figura Batman di tempat duduk pemandu dan ia seakan mengawal kereta tersebut dengan memusingkan stereng serta menggerakkan tombol untuk menukar gear.

Bukan itu sahaja, Batmobile turut didatangkan dengan pakej pelantar yang lengkap dengan tanjakan, lampu ‘Bat-Signal‘ berlogo kelawar dan monitor komputer yang boleh menyala, seolah-olah berada di dalam Batcave.

Sangat realistik! Harganya sudah pasti tidaklah murah kerana anda perlu membayar $500 (RM2,076) dan tempahan prajualan mula dibuka pada 20 Oktober ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply