ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSR bakal diteruskan dengan pengurangan kos

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, namun skalanya dijangka dikecilkan bagi mengurangkan kos pelaksanaannya. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ia antara lain menimbang kelajuan paling sesuai untuk kereta api laju itu.

Jelas Dr Mahathir, HSR akan diteruskan, tetapi kerajaan akan menentukan berapa kelajuan yang perlu (bagi kereta api itu). Ia tidak semestinya 400 kilometer (km) sejam, jika 400 km sejam, ia akan mungkin sampai ke Alor Setar. Tambah beliau, kerajaan akan lihat apa yang sesuai untuk projek ini.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di Putrajaya, semalam. Dr Mahathir ditanya sama projek HSR akan diteruskan dan sama ada skala projek itu juga akan dikecilkan. Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan mahu mengurangkan kos bagi projek berkenaan kerana ia menelan belanja yang besar.

Katanya skalanya mungkin perlu dikecilkan dan membuat sedikit pengubahsuaian bagi mengurangkan kos. Tambahnya, mungkin mengurangkan kelajuan kereta api bakal menyumbang kepada pengurangan kos. Pada September tahun lalu, Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek HSR sehingga Mei 2020.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Susulan permintaan Malaysia menangguhkan projek itu, kerajaan bersetuju membayar kos menarik diri AS$15 juta (RM45.6 juta) kepada Singapura. Jun lalu, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) dalam satu kenyataan memaklumkan, kajian semakan projek HSR dijangka siap pada akhir tahun.

MyHSR berkata, pihaknya sudah melengkapkan kajian semakan dua tender terbuka berasingan bagi melantik perunding penasihat teknikal (TAC) dan perunding penasihat komersial (CAC) untuk melaksanakan langkah semakan semula projek berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply