ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSR tak libatkan Singapura – Malaysia bayar pampasan RM300 juta

Berita Tempatan

Views

Portal The Malaysian Insight melaporkan, Malaysia hanya akan membina projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) hingga negeri Johor, dan akan membayar pampasan sebanyak RM300 juta kepada Singapura. Menurut sumber, projek itu akan diteruskan tanpa penyertaan republik tersebut dan pembinaannya dijangka bermula pada 2022.

Mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat memutuskan bahawa Malaysia akan menarik balik rancangannya untuk bekerjasama dengan Singapura mengenai projek yang ditandatangani kedua-dua negara pada Disember 2016 dalam satu perjanjian dua hala.

Projek ini ditangguhkan pada 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan. Kerajaan baharu itu kemudian memohon penangguhan dua tahun. Pada bulan Mei lalu, pentadbiran Perikatan Nasional yang menggulingkan Pakatan Harapan memohon agar penyambungan semula projek tersebut ditangguhkan hingga akhir tahun ini bagi membolehkan rundingan lanjut dilakukan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Singapura bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir buat kali terakhir hingga 31 Disember. Sumber itu berkata, Malaysia perlu membayar ganti rugi kepada Singapura sebanyak SGD104.67 juta (kira-kira RM317 juta pada tarikh tersebut.

Katanya, angka ini lebih rendah dari SGD250 juta (RM760 juta) yang dilaporkan Free Malaysia Today bulan lalu. Sumber itu turut berkata bahawa kos pembinaan tanpa Singapura, akan menelan belanja kasar antara RM63 bilion hingga RM65 bilion, jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk gerabak kereta api.

Terminal utama HSR akan berada di Bandar Malaysia, sementara lima stesen lain akan berada di Iskandar Puteri, Ayer Itam, Pagoh, Ayer Keroh dan Seremban. Menurut sumber Malaysia meminta stesen HSR dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat Johor Bahru, yang menyebabkan Singapura bimbang ini akan menjejaskan industri penerbangannya.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Singapura menolak pemintaan itu kata sumber, yang menambah Malaysia sepatutnya berhak untuk membuat keputusan sebagai rakan kongsi dalam projek itu. Kabinet turut memutuskan untuk memindahkan projek HSR kepada Kementerian Pengangkutan, yang kini di bawah pengawasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Perjanjian dua hala mengenai HSR ditandatangani pada 13 Disember 2016. Laluan rel sejauh 350km antara kedua-dua bandar akan memendekkan masa perjalanan kepada 90 minit. Ia melintasi Selat Johor melalui jambatan setinggi 25 meter berhampiran Link Kedua.

Projek yang akan bermula pada 2022 dan dijadualkan siap pada 2029 itu dijangka akan memberi kemudahan kepada 4.2 juta penumpang. Sebelum ini jumlah penumpang HSR dijangka 6.6 juta pada 2031, namun ia kemudian dipinda kepada 8.4 juta. Menjelang 2041, jajaran itu dijangka akan memberi kemudahan kepada 17.7 juta penumpang.

HSR merupakan sebahagian daripada laluan Kereta Api Pan-Asia yang berlepas dari Kunming, China. Laluan Kuala Lumpur-Singapura itu akan menghubungkan Thailand yang mana ia menjadi sebahagian daripada Laluan Kereta Api Trans-Asia yang menghubungkan Timur ke Eropah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply