ARKIB

KATEGORI

Tular

Hummer H1 “X3″ gergasi milik Sheikh Rainbow ni ‘besar giler’, tiga kali ganda saiz asal!

Tular

Views

Ini mungkin Hummer H1 paling besar di muka bumi yang dimiliki oleh seorang bilionaire Pak Arab bernama Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan atau nama ‘glamournya’ Sheikh Rainbow (bukan watak kuda arab dalam My Little Pony) dari Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Punyalah besar saiz Hummer H1 ini hingga terpaksa ‘makan jalan’ sampai dua lorong! Pak Arab ini pula ‘bukan orang biasa-biasa’ kerana nilai kekayaannya dianggarkan bernilai $20 bilion (RM83,879 bilion).

Beliau juga merupakan pengendali empat muzium kereta berasingan di UAE dan mempunyai ‘kabel’ untuk membuat versi besar kenderaan yang dimilikinya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Antara koleksi kenderaannya termasuklah Jeep dan Power Wagon keluaran 1950 bersaiz besar ‘gedabak’. Disebabkan saiznya tiga kali ganda kenderaan asal, Hummer H1 ini diberi gelaran “X3“, memang kena sangatlah nama dan saiznya.

Raksasa ini berukuran 14 meter tinggi, 6 meter lebar dan 5.8 meter tinggi. Meskipun ia amat besar, namun ia boleh bergerak dengan janaan enjin diesel dengan pacuan empat roda.

Di bahagian dalam, Hummer ini tidaklah dapat ‘ditiru sebijik’ seperti luarannya, tetapi ia menampilkan beberapa kemudahan seperti tandas dan sinki.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Untuk pengetahuan anda, Power Wagon 1950 miliknya telah dibina seperti sebuah hotel lengkap dengan kamar tidur dan beliau turut merancang untuk melakukan perkara yang sama pada Hummer tersebut.

Pengumpul koleksi kereta ini turut memiliki kira-kira 3,000 jenis kenderaan yang lazimnya dihiasi dengan warna pelangi dan disimpan di dalam piramid gergasi di tengah padang pasir.

Hummer gergasi Sheikh Rainbow itu kini dipamerkan di Off-Road History Museum di Al Madam, UAE.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit shhamadbinhamdan

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply