ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hummer H2 terbakar, dua individu selamat

Berita Tempatan

Views

Dua individu hampir terbakar apabila sebuah pacuan empat roda mewah, Hummer H2 dinaiki mereka mengeluarkan asap di bahagian bawah sebelum terbakar di Plaza Tol Seafield menghala Subang Jaya, Lebuhraya Utara Selatan, petang semalam.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Menurut Utusan Online, bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri apabila keluar daripada kenderaan berkenaan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.12 petang sebelum anggotanya daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba kira-kira 19 minit kemudian.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Katanya, SUV berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 30-an bersama seorang penumpang wanita. Kedua-dua mangsa bertindak keluar daripada kenderaan terbabit untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari kepulan asap dari bawah kenderaan itu.

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 90 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply