ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hunkt Canticie – Range Rover versi ‘cap ayam’ dari China

Berita Global

Views

China kini muncul antara kuasa automotif baharu dengan teknologi yang boleh dikatakan canggih. Kebanyakan pengeluar dari negara tersebut juga boleh menghasilkan reka bentuk menarik dengan mengupah pereka tersohor. Walaubagaimanapun, ada lagi segelintir pengeluar yang masih ‘tidak segan silu dan tidak serik-serik’ untuk ‘memplagiat’ reka bentuk model jenama lain.

Contoh terbaharu adalah Hunkt Canticie yang terkenal sebagai Range Rover versi ‘cap ayam’. Menurut CarNewsChina.com, Hunkt adalah nama Inggeris bagi jenama Hanlong, yang dimiliki oleh Hanlong Auto yang berpangkalan di wilayah Hubei. Nama Inggeris bagi model SUV itu pula adalah Canticie, atau ‘nama Cina’nya Kuangshi.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Hunkt telah mula memasarkan model Canticie sejak April tahun lalu, dengan kejayaan yang boleh la dianggap ‘biasa-biasa’ sahaja. Sejak semalam CarNewsChina.com telah menerima beberapa imej Hunkt Canticie baharu dengan plat pengedar dan juga lencana Range Rover!

Tulisan Range Rover telah ditepek pada bonet depan dan juga di belakang. Selain itu, lencana Sport, Land Rover dan Autobiografi turut berada di situ. Namun, tiada sebarang lencana Range Rover di bahagian dalam dan papan pemuka asalnya masih kekal.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Hunkt Canticie dijana oleh enjin 2.0 turbo yang mampu menghasilkan 218 kuasa kuda dan 370 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan transmisi 8-kelajuan automatik. Kuasa dari penjana ini mampu membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9 saat dengan halaju maksima 185 km/j.

Untuk varian asas, ia dipacu menerusi roda hadapan, manakala varian andalan pula menggunakan pacuan semua roda. Harga bagi model ini bermula dari 159,800 yuan (RM99,797). Apa yang agak melucukan, set ‘lencana Range Rover palsu’ itu turut ditawarkan dengan kos tambahan kira-kira $20 (RM81).

Apa yang pasti, dengan harga sebuah Range Rover ori varian asas, anda boleh membeli lima buah Hunkt Canticie varian andalan! Kalau ada jual kat sini mesti ramai yang beli kan, betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Auto Sina danCarNewsChina.com

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply