ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai acah empat model baharu yang akan tiba di Malaysia tahun 2023

Berita Tempatan

Views

Tahun 2023 dijangka menyaksikan beberapa pengeluar kenderaan bakal berlumba-lumba memperkenalkan model baharu. Hyundai juga dilihat tidak ketinggalan dan dijangka membawa masuk beberapa buah model dari genre yang berbeza.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia, gergasi automotif dari negara “K-Pop” itu dilihat cuba mengacah warganet dengan empat model baharu yang akan tiba tidak lama lagi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Satu model sedan elektrik serta tiga model model kenderaan utiliti sukan (SUV) telah dipaparkan dalam bentuk imbasan, namun mungkin ramai di kalangan warganet dapat meneka apakah model-model tersebut.

Antara model yang akan dilancarkan nanti adalah Ioniq 6, SUV kompak Creta, serta dua model yang dikemaskini (facelift) iaitu Santa Fe dan Palisade. Model sedan elektrik Ioniq 6 dan Creta pula adalah model serba baharu.

Dalam artikel terdahulu, kelibat sebuah Creta tanpa pelitup penyamaran telah berjaya dikesan, namun tidak dapat dipastkan sama ada ia unit ujian atau pun milik persendirian.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Baru-baru ini, Creta telah menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 75.78 mata.

Ada kemungkinan juga model minivan dengan pilihan tujuh-tempat duduk, Stargazer akan turut dibawa ke Malaysia kerana ia telah dianugerahkan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 66.48 mata.

Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah model yang akan dibawa masuk oleh Hyundai Malaysia untuk tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hyundai Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply