Hyundai Sonata generasi baharu membuat penampilan awal menerusi satu hantaran terbaharu di laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia, dalam iklan terbaharu Kona. Meskipun hanya memperlihatkan bahagian belakang, ia mungkin memberi petanda awal yang model tersebut akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’
Menurut rakan media kami di WapCar.my, mereka telah melihat kelibat model ini tahun lalu dan ia dimiliki oleh Hyundai Motor Company (HMC) dan ia langsung tiada kaitan dengan Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM). Ini kerana HMC mengendalikan Akademi Latihan Hyundai di Mutiara Damansara. Akademi yang sama juga turut menempatkan beberapa model menarik dari Hyundai yang tidak dijual di Malaysia.
JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton
Buat masa ini tidak dapat disahkan jenis penjana yang bakal ditawarkan oleh HSDM untuk model baharu Sonata ini nanti, namun di peringkat global, ia menampilkan penjana dari siri Smartstream, termasuklah enjin petrol 1.6-liter turbo. Pilihan transmisi yang ditawarkan adalah terdiri daripada unit 6-kelajuan atau 8-kelajuan automatik.
Kali terakhir model ini dijual di negara ini adalah versi pra-facelift generasi LF, namun versi faceliftnya tidak dijual di sini. Sekiranya HSDM berkira-kira untuk membawanya ke sini, Sonata bakal berentap dengan pesaing-pesaing yang lebih sohor seperti Honda Accord, Mazda 6, Toyota Camry dan Volkswagen Passat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
KOMEN TERKINI