ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai acah Sonata sekali lagi dalam iklan Hari Malaysia

Berita Tempatan

Views
Hyundai Malaysia║Happy Malaysia Day

Sekali lagi Hyundai Malaysia, mengacah warganet dengan model sedan Sonata generasi baharu menerusi iklan Hari Malaysia yang mula disiarkan sejak tengah hari tadi. Kali pertama mereka berbuat demikian menerusi iklan acah Kona.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Adakah ini petanda awal yang model ini bakal diperkenalkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) dalam masa terdekat? Sonata generasi kelapan muncul buat kali pertama pada Mac tahun lalu dengan menampilkan gaya coupe selain membawa beberapa unsur rekaan dari model konsep Hyundai Le Fil Rouge.

Ia dijana dengan enjin 1.6 liter GDI-Turbo CVVD yang mampu menghasilkan 185 kuasa kuda dengan 241 Nm daya kilas. Selain itu, ia turut ditawarkan dengan enjin NA 2.5 liter Smartstream dengan sistem pancitan terus, yang menjana 191 kuasa kuda dan 245 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Sonata ditawarkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan menerusi pacuan roda depan. Versi hibrid turut ditawarkan dengan kombinasi enjin Smartstream G2.0 GDi HEV dibantu dengan motor elektrik berkuasa 38 kW dan 205 Nm daya kilas, yang mampu menghasilkan 195 PS.

Buat masa ini kami masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai model Sonata. Kami akan cuba menghantar Mat Bond untuk membuat risikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply