ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Accent tersepit di antara lori dan treler – Pembantu tadbir HTAR terselamat

Berita Tempatan

Views

Ini lah yang dikatakan “berpantang maut sebelum ajal”. Menurut K! ONLINE, seorang pembantu tadbir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) terselamat setelah kenderaan yang dinaiki tersepit di antara treler dan lori dalam kejadian di Pelabuhan Barat, semalam.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang, Noor Aini Omar, 51, tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Hyundai Accent dipandunya remuk keseluruhan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila wanita tersebut yang berada di lorong kiri telah mengubah haluannya ke kanan secara tiba-tiba bagi mengelak sebuah lori yang rosak di lorong kiri.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Tindakan tersebut menyebabkan kereta dipandu wanita bergesel dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 26 yang menuju di Pelabuhan Barat dari Shah Alam dan lori yang rosak itu. Akibatnya, kenderaan dipandunya remuk di keseluruhan badan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Setelah kemalangan itu disiasat, polis telah mengeluarkan saman Pol 257 kepada wanita tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply