ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Bayon – SUV baharu untuk pasaran Eropah bakal diperkenalkan tahun depan

Berita Global

Views

Model SUV segmen-B serba baharu Hyundai untuk pasaran Eropah bakal dikenali dengan nama Bayon dan dijangka membuat kemunculan sulung pada separuh pertama 2021. Apabila ia dilancarkan nanti, Bayon akan menyertai barisan crossover yang kini dijual oleh jenama tersebut, antaranya Kona, Tucson, Nexo dan Santa Fe.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Bayon akan menjadi model aras mula dan ia buat pertama kalinya dikesan dalam ‘mod celoreng’ semasa sedang menjalani ujian jalan raya pada bulan Ogos lalu. Naib presiden pemasaran dan produk Hyundai Andreas-Christoph Hofmann berkata, mereka melihat potensi yang besar pada model Bayon yang bakal meningkatkan lagi penawaran mereka dalam segmen yang semakin popular ini.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Nama Bayon sebenarnya diinspirasikan dari nama sebuah bandar kecil, Bayonne yang terletak di barat daya Perancis. Bandar ini merupakan lokasi yang terbaik bagi mereka yang meminati aktiviti belayar dan mendaki. Ini bukan kali pertama Hyundai menamakan produk mereka dengan nama lokasi di seluruh dunia.

Nama Tucson, Santa Fe dan juga Kona juga mengambil inspirasi yang sama. Butiran lanjut mengenai model ini akan didedahkan oleh Hyundai dalam masa yang terdekat, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply