ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Creta dan Stargazer lulus ujian penilaian ASEAN NCAP, masing-masing terima penarafan 5-Bintang dan 4-Bintang

Berita Tempatan

Views

Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini mengumumkan keputusan ujian untuk dua model terbaharu keluaran Hyundai, iaitu Creta dan Stargazer.

Ini merupakan kali pertama model SUV dan MPV keluaran gergasi automotif dari Kora Selatan itu diuji oleh ASEAN NCAP.

Kedua-dua model ini juga menjadi model Hyundai pertama yang dinilai di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025. Lima buah model Hyundai terdahulu, telah dinilai di bawah protokol yang sebelumnya.

Model SUV kompak, Creta lulus dengan cemerlang dan telah menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 75.78 mata.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Hyundai Creta:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 34.72 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 15.56 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 14.08 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 11.42 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Model ini dilengkapi dengan kelengkapan standard seperti 2 atau 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan cagak ISOFIX.

Ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri lain antaranya, Brek Kecemasan Autonomi (AEB Bandar dan Antara-Bandar), AEB Pejalan Kaki, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB) dan Pengesanan Titik Buta (BSD).

Minivan dengan pilihan tujuh-tempat duduk, Stargazer pula hanya memperoleh penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 66.48 mata.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Hyundai Stargazer:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 31.21 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 14.48 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 12.04 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 8.75 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Model ini dilengkapi dengan kelengkapan standard seperti 2 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan cagak ISOFIX.

Varian yang dijual di pasaran Thailand menawarkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) sebagai kelengkapan standard bersama Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA) sebagai ciri standard atau pilihan mengikut varian.

Hyundai Creta dan Stargazer masih lagi belum dijual di Malaysia dan besar kemungkinan ini adalah petanda awal yang kedua-duanya bakal menerjah pasaran tempatan tahun depan. Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply