ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Elantra kini berwajah baharu – Satu varian sahaja, harga RM109,888.00

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah memperkenalkan model Hyundai Elantra facelift yang berwajah baharu semalam. Model yang kemaskini dari generasi ke-enam Elantra didatangkan hanya dengan satu varian, 2.0L Executive dengan harga jualan RM109,888 (tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).

Elantra facelift menampilkan rekaan hadapan yang lebih agresif dengan menampilkan jeriji lebih lebar yang diapit oleh sepasang lampu yang berbentuk tajam dengan lampu nyalaan siang LED (DRL). Rupa yang mungkin diinspirasikan dari topeng Darth Vader ini sudah mula diperlihatkan pada model-model generasi terkini Hyundai.

Di bahagian belakang, perubahan yang ketara adalah bampar yang digayakan semula dengan kombinasi dua tona dan tempat meletak nombor plet kini dianjakkan sedikit ke bawah pada bahagian bampar. Ia turut dihiasi dengan rim aloi dua-tona bersaiz 17-inci dan pemegang pintu dengan kemasan krom.



JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Di ruangan kabin, Hyundai telah membuat sedikit perubahan menerusi panel meter gabungan digital dan analog dengan hiasan grafik berpetak di tengah, stereng pelbagai fungsi dengan butang kawalan rekaan baharu, tempat duduk balutan kulit yang empuk dan papan pemuka dengan plastik sentuhan lembut.

Elantra facelift masih mengekalkan enjin dan transmisi yang sama dengan model sebelumnya. Ia dijana oleh enjin 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan 152 PS pada 6,200 rpm dan 192Nm daya kilas pada 4,000 rpm. Enjin ini digandingkan bersama transmisi automatik enam-kelajuan dari Hyundai.

Sistem pemanduan pintar Smart Drive Mode mula diperkenalkan pada model ini dan ia berfungsi untuk mengenal pasti gaya pemanduan dan memilih mod pemandua secara automatik, sebagai contoh Normal atau Sport.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Hasil penggunaan 53 peratus Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju, model ini lebih kukuh sekaligus mempertingkatkan pengendalian dan pemanduan, lebih senyap, tahan lama dan meningkatkan prestasi pemanduannya.

Pelbagai ciri menarik ditawarkan pada model naik taraf ini termasuklah, sistem multimedia yang dilengkapi dengan Android Auto dan Apple Car Play, but pintar bebas tangan, enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman, Sistem Brek Anti-Kunci, kamera undur, Sistem Bantuan Pakir, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar dan Kawalan Mula Mendaki.

Lima pilihan warna ditawarkan, antaranya Phantom Black, Fiery Red, Teal Blue, Fluid Metal dan Polar White. Untuk masa terhad sempena pelancaran, dua warna edisi terhad turut ditawarkan iaitu Stargazing Blue dan Sparkling Metal.

HSDM menawarkan jaminan selama lima tahun atau 300,000km (yang mana terdahulu) untuk semua kenderaan keluarannya. Bantuan kerosakan 24-jam juga mula ditawarkan untuk model Hyundai baharu dan sedia ada.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply