ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai i30 generasi baharu diperkenalkan

Views

Generasi kedua Hyundai i30 yang bakal dilancarkan pada awal 2017 telah dipertontonkan secara rasmi. Ini adalah jawapan Hyundai Motor dalam mengubah nilai kontemporari dan pilihan pelanggan ke arah penyelesaian teknologi, keperibadian dalam gaya dan fleksibiliti. i30 membawa nilai hebat untuk mereka yang bujang, berkeluarga, golangan muda dan tua. Ia menampilkan gaya rekaan yang cukup menawan, pemanduan yang cekap dan dinamik serta pakej keselamatan yang menyeluruh. Kualiti dan kebolehpercayaan adalah dijamin oleh waranti 5-tahun yang unik dengan perbatuan tanpa had.

i30 serba baharu sarat dengan teknologi turut dilengkapi dengan sambungan Apple CarPlay, Android Auto dan pengecasan tanpa wayar untuk meningkatkan operasi telefon pintar dan fungsi semasa memandu. Ciri-ciri keselamatan aktif terkini seperti Autonomous Emergency Braking, Smart Cruise Control, Lane Keeping Assist System, Driver Attention Alert dan Pengesanan Titik Buta bakal memberikan lebih keselesaan kepada para penumpang untuk menikmati perjalanan dengan i30 generasi baharu.

new-generation-hyundai-i30-2

Struktur kerangka serta badannya sangat tegar dan ringan hasil penggunaan 53 peratus keluli kekuatan tinggi termaju sekaligus memberikan pemanduan dan pengendalian yang lebih baik. Ciri ciri tersebut turut digabungkan dengan ketepatan stereng lebih 10 peratus  dan casis baharu yang dibangunkan khusus untuk pemandu menikmati kebolehan pemanduan dinamik tanpa menjejaskan tahap keselesaan yang tinggi.

Barisan penjana kuasa terdiri daripada enjin pengecas turbo yang dikecilkan untuk meningkatkan kecekapan dan responsif. Tiga pilihan enjin petrol dan satu 1.6 liter enjin turbo diesel dengan tiga output dengan pelepasan CO2 serendah 89 g / km (nilai sasaran). Selain itu juga, i30 generasi baharu adalah model Hyundai pertama yang dipasang dengan enjin petrol pengecas turbo empat silinder baharu, 1.4 T-GDI dengan 140 PS.

i30 baharu bakal dikeluarkan di kilang Hyundai Motor Manufacturing di Nošovic, Republik Czech yang mula beroperasi pada 2008. Kilang tersubut turut mengeluarkan model generasi pertama i30 dalam tahun yang sama. Kami tidak pasti bilakah Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan membawa masuk model terbaharu ini ke pasaran Malaysia. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

hyundai-i30-7-8-front-e2e new-generation-hyundai-i30-1 new-generation-hyundai-i30-2 new-generation-hyundai-i30-4 new-generation-hyundai-i30-5 new-generation-hyundai-i30-6 new-generation-hyundai-i30-7 new-generation-hyundai-i30-8 new-generation-hyundai-i30-10

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Kereta yang dilengkapi dengan Autonomous Emergency Braking, Smart Cruise Control, Lane Keeping Assist System, Driver Attention Alert dan Pengesanan Titik Buta seperti yang terdapat pada Hyundai i30 baru pasti akan mendapat peratusan yang tinggi dalam penilaian 2017-2020 ASEAN NCAP..

Leave a Reply