ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai i30 N tiba di Malaysia – 20 unit sahaja, hanya di Lazada sempena jualan 12.12

Berita Tempatan

Views

Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) akhirnya melancarkan model hot hatch Hyundai i30 N di Malaysia! Model ini telah membuat kemunculan sulungnya di sini semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Apa yang menarik, ia terhad kepada 20 unit sahaja dan hanya boleh dibeli secara eksklusif menerusi laman e-dagang Lazada Malaysia sempena jualan akhir tahun 12.12.

Bakal berentap dengan nama-nama besar lain seperti Volkswagen Golf GTI, Honda Civic Type R dan Renault Megane 280 RS, Hyundai i30 N hanya ditawarkan menerusi satu varian sahaja. i30 N dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Theta T-GDI turbo dengan dua talaan output berbeza.

Untuk versi standard, enjin ini mampu menjana 250 PS pada 6,000 rpm dan 353 Nm daya kilas pada 1,450 hingga 4,000 rpm (378 Nm dengan overboost). i30 N talaan standard ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.4 saat dengan kelajuan maksima mencecah 250 km/j.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Model untuk pasaran Malaysia pula adalah versi yang dilengkapi dengan Performance Package yang mampu menjana 275 PS pada 6,000 rpm, namun output daya kilas dan kelajuan maksimanya masih kekal 250 km/j. Namun masa pecutannya lebih pantas, 6.1 saat dari 0-100 km/j dan ia hanya ditawarkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual sahaja.

Casis i30 N dilengkapi dengan sistem suspensi adaptif dengan lima mod pemanduan yang berbeza, iaitu Eco, Normal, Sport, N dan juga N Custom. Pilihaan mod pemanduan ini akan mempengaruhi beberapa faktor seperti parameter enjin, kawalan kestabilan kenderaan, bunyi enjin, tindak balas stereng serta padanan-rev.

Reka bentuk luaran i30 N tampil lebih aggresif dan sporty dengan kit badan yang merangkumi bampar dan spoiler belakang yang dikatakan mampu meningkatkan kadar aerodinamik pada kelajuan tinggi . Selain itu, i30 N dipasang dengan lencana ‘N’ serta rim bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar berprestasi tinggi Pirelli P-Zero 235/35.

Di bahagian dalam, hot hatch ini dilengkapi dengan sepasang tempat duduk ‘bucket’ dengan kemasan kulit, kluster instrumen elektronik dengan penunjuk nisbah gear, roda stereng dan tombol gear yang direka khusus untuk model yang membawa lencana ‘N’.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Hanya satu warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Performance Blue dan tanda harga yang diletakkan pada model ini adalah RM298,888 (harga atas jalan, termasuk insurans). Model ini juga didatangkan dengan jaminan lima-tahun atau 300,000 km (yang mana terdahulu).

Berminat dengan model ini? Untuk memilikinya anda perlu membuat pra-tempahan mulai 2 Disember di Lazada menerusi ciri Chup Dulu. Jika anda berminat untuk melihatnya, anda perlu datang ke bilik pameran Sime Darby Auto Hyundai di Jalan Klang Lama selepas tarikh tersebut.

Kaedah pembelian pula, pelanggan hanya perlu membayar deposit 50 peratus dari yuran tempahan RM2,000 (RM1,000) menerusi aplikasi Lazada, kemudian daftar keluar dan membayar bakinya antara 12 hingga 14 Disember untuk mengesahkan tempahan. Namun harus diingat, deposit tidak akan dikembalikan jika yuran tempahan tidak dibayar sepenuhnya.

Pembeli kemudiannya akan dihubungi oleh wakil Hyundai utuk meneruskan pembelian di bilik pameran Hyundai yang berhampiran. 20 pembeli yang berjaya membuat pembayaran penuh yuran tempahan dan lulus pinjaman pembiayaan kereta mereka akan dibawa melancong ke Korea dan diberi peluang untuk memandu di litar ujian Hyundai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply