ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai IONIQ 6 gondol tiga anugerah berprestij di World Car Awards

Berita Global

Views

Kenderan elektrik (EV) keluaran Hyundai Motor, IONIQ 6 telah berjaya menggondol tiga anugerah berprestij iaitu ‘World Car of the Year‘, ‘World Electric Vehicle‘ dan ‘World Car Design of the Year‘ di New York International Auto Show (NYIAS), semalam.

Para juri yang terdiri daripada 100 wartawan automotif dari 32 negara telah ‘sebulat suara’ memilih IONIQ 6 daripada senarai tiga finalis teratas. Ini merupakan kemenangan tiga kali ganda berturut-turut Hyundai, di World Car Awards.

Tahun lalu, juri telah menamakan IONIQ 5 sebagai pemenang dalam kategori yang sama. IONIQ 6 merupakan model kedua dalam rangkaian jenama EV Hyundai, iaitu IONIQ.

Ia dibangunkan dari seni bina Pelantar Modular Elektrik-Global (E-GMP) khusus yang menawarkan keupayaan pengecasan ultra-pantas 800-V untuk pengecasan 10 hingga 80 peratus dalam masa 18 minit sahaja.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Model ini merupakan salah satu EV yang paling aerodinamik dan cekap tenaga di pasaran, dengan pekali seret ultra-rendah hanya 0.21.

Ia mempunyai jarak tempuh sejauh 614 km dengan sekali cas penuh (WLTP) dan dilengkapi dengan tayar bersaiz 18-inci yang mampu mencapai penggunaan tenaga sebanyak 13.9 kWj/100 km.

IONIQ 6 sarat dengan pelbagai ciri canggih termasuk teknologi Vehicle-to-Load (V2L), sistem bantuan pemandu dan ketersambungan termaju dengan kemas kini perisian secara ‘over-the-air (OTA)‘.

Ruang dalamannya yang lapang dan ergonomik memanfaatkan sepenuhnya jarak antara gandar roda 2,950 mm dan dilengkapi dengan Pencahayaan Dwi Warna Ambien, Pencahayaan Penyegerakan Kelajuan, Penalaan Prestasi EV dan Reka Bentuk Bunyi Aktif Elektrik (e-ASD), bagi meningkatkan pengalaman mobiliti elektrik.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tahun ini, juri turut menobatkan SangYup Lee sebagai ‘World Car Person of the Year 2023‘ atas sumbangan pentingnya dalam penghasilan kereta konsep dan pengeluaran yang menakjubkan pada 2022, termasuk Hyundai IONIQ 6, KONA serba baharu dan N Vision 74.

Bukan itu sahaja, IONIQ 6 turut memenangi anugerah berprestij sejak beberapa bulan lalu, antaranya ‘Saloon of the Yearpada GQ Car Awards 2023 dan ‘New Car of the Year‘ yang dianjurkan oleh Le Guide de l’auto.

Selain itu, ia telah menerima penarafan keselamatan lima-bintang dan pilihan ‘Terbaik dalam Kelas‘ dalam kategori ‘Kereta Keluarga Besar‘ daripada Euro NCAP.

Hyundai Motor merancang untuk memperkenalkan 17 lagi model BEV baharu menjelang 2030, termasuk model jenama mewah Genesis, serta menyasarkan untuk meningkatkan jualan tahunan BEV global kepada 1.87 juta unit menjelang 2030.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply