ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Kona bakal dilancar pada suku keempat 2020 – CBU dari Korea

Berita Tempatan

Views

Ini beberapa maklumat terbaharu mengenai Hyundai Kona yang baharu kami terima. Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan model SUV kompak itu bakal dilancarkan pada suku keempat 2020 dan ia akan didatangkan secara siap bina (CBU) terus dari Ulsan, di Korea Selatan.

Ia sekaligus menafikan info awal yang mengatakan model tersebut akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Model ini akan melengkapkan barisan keluarga SUV Hyundai di Malaysia selepas model Tucson dan Santa Fe.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Tempahannya juga telah dibuka dengan bayaran serendah RM288 dan mereka yang berminat dengan SUV segmen-B ini boleh mendaftarkan minat menerusi laman sesawang Hyundai Malaysia. Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata pihaknya yakin akan menerima respon yang baik oleh model ini nanti.

HSDM turut mengesahkan Kona bakal dilengkapi dengan lampu hadapan, lampu siang (DRL) dan lampu belakang jenis LED, pilihan warna badan yang ranggi, paparan dongak (head-up) dengan skrin aktif, skrin infohiburan terapung bersaiz 7-inci (Apple CarPlay dan Android Auto), pengecas peranti pintar nirwayar (wireless) dan juga Hyundai Smart Sense.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Di ruangan kabin, Kona pasaran Malaysia dihiasai dengan tema warna yang menyerlah bersama jahitan dengan bebenang kontras pada tempat duduk dan stereng, selain tali pinggang keledar pelbagai warna. Buat masa ini HSDM masih berahsia mengenai enjin Kona dan besar kemungkinan ia akan dilengkapi dengan enjin 1.6 liter Gamma T-GDI yang menghasilkan 177 PS dan 265 Nm daya kilas.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT), sekaligus menjadikan Kona sebagai model paling berkuasa dalam segmennya. Kona bakal berentap dengan beberapa SUV kompak seperti Toyota C-HR, Mazda CX-3, Honda HR-V dan bakal SUV terbaharu Proton, X50.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply