ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Kona – SUV Bandar untuk Gaya Hidup Aktif buat debut global

Views

Satu lagi pencabar baharu dalam kategori SUV segmen-B, Hyundai Kona akhirnya membuat kemunculan pertama global. Nama Kona langsung tiada kena mengena dengan istilah Kona baring atau Kona leper, ia sebenarnya diambil sempena sebuah kawasan persisiran pantai yang terletak di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat yang menjadi tumpuan pelancong yang gemar pada percutian yang ekstrem. Kona bakal menerjah pasaran Korea hujung bulan ini dan diikuti oleh Amerika Utara dan Eropah.

Apa yang menarik mengenai Hyundai Kona?

  • Ia direka bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sukakan cabaran dan gaya hidup yang aktif.
  • Rekabentuk Kona juga memberi bayangan kepada hala tuju rekabentuk SUV Hyundai pada masa akan datang.
  • Dibangunkan dari pelantar serba baharu khusus untuk SUV kompak ini dan kembarnya KIA Stonic.
  • Pilihan penjana kuasa petrol dan diesel yang bergantung pada pasaran –  Enjin 2.0-liter MPI Atkinson (149PS dan 179Nm tork pada 4500rpm) yang digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan automatik, enjin Gamma 1.6T-GDI (177PS dan 265Nm tork pada 1,500 ke 4,500rpm) yang digandingkan dengan transmisi tujuh-kelajuan dual klac (7DCT), enjin 1.0 T-GDI pengecasturbo tiga silinder (120PS dan 172Nm tork pada pada 1,500 ke 4,000rpm) yang digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan manual dan enjin 1.6 diesel.
  • Kerangka badannya menggunakan 51.8 peratus Keluli-Berkekuatan Tinggi Termaju yang ringan dan kukuh.
  • Dilengkapi ciri-ciri keselamatan tercanggih seperti Bantuan Cegah-Perlanggaran Hadapan (FCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Lampu Tinggi (HBA) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAW).
  • Dilengkapi sistem infotainmen yang menawarkan pelbagai sambungan termasuklah Android Auto dan Apple CarPlay melalui pilihan paparan skrin bersaiz lima hingga lapan inci (bergantung pada pasaran).
  • Tiga pilihan mod pemanduan (Sports, Normal and Eco).

Buat masa ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai bilakah Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan membawa Kona masuk ke pasaran Malaysia, namun kami jangka ia bakal membuat kemunculan seawal tahun hadapan. Apa pun kita sama-sama tunggu kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply