ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Motor Group Innovation Center bakal dibina di Singapura – Yang pertama seumpamanya di dunia!

Berita Tempatan

Views

Ketika Malaysia sedang dalam pergolakan dan kecelaruan politik, jiran kita di Singapura berjaya memperolehi satu lagi pelaburan besar asing ke negara republik itu. Gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai Motor Group telah memilih negara itu sebagai lokasi makmal inovasi terbuka untuk penyelidikan dan pembangunan mobiliti masa depan iaitu Pusat Inovasi Hyundai Motor Group (Hyundai Motor Group Innovation Center – HMGICS).

Upacara pecah tanah projek tersebut telah dilangsungkan secara maya, semalam. Dalam ucapannya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, HMGICS merupakan satu-satunya fasiliti seumpamanya di dunia. Ia bakal membuka jalan kepada lebih banyak syarikat Korea untuk melabur, mengadakan usahasama dengan pembekal tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta berkolaborasi bersama universiti  dan institut penyelidikan di negara tersebut.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Tambah beliau, matlamat negara itu adalah untuk menjadikan semua kenderaan menggunakan tenaga hijau menjelang tahun 2040, sejajar dengan komitmen Perjanjian Paris. Menerusi HMGICS, firma tersebut akan merealisasikan wawasan mereka mengenai inovasi rantaian nilai mobiliti berpusatkan manusia dengan tiga teras utama.

Pertama, Hyundai akan mempertingkatkan nilai kerja dan maruah pekerja melalui transformasi digital yang berpusatkan manusia. HMGICS akan membangunkan sistem inovatif yang menggabungkan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)dan data raya (big data) bagi membolehkan persekitaran kerja di mana potensi kreatif dicapai dan nilai manusia dipertingkatkan.

Kedua, Hyundai akan membina persekitaran mobiliti pintar berpusatkan pelanggan di mana produk akan dihasilkan bagi mengikut kehendak pelanggan dan perkhidmatan mobiliti bakal memperkayakan kehidupan pelanggan. Akhir sekali, Hyundai akan emnjadi penyumbang kepada pembinaan Bangsa Pintar Singapura sebagai ahli industri yang bertanggungjawab dalam ekosistem pintar.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

HMGICS terletak di tengah-tengah negara tersebut dan akan menggunakan tenaga mesra alam seperti solar dan hidrogen. Pada masa akan datang, pelanggan boleh mencipta sendiri dan membeli kenderaan secara dalam talian menerusi telefon pintar, menggunakan teknologi atas-permintaan Hyundai.

Apa yang menarik, pelanggan boleh melihat proses penghasilan kereta mereka di HMGICS. Apabila kereta mereka siap untuk penghantaran, ia akan dihantar menerusi Sky Track sepanjang 620 meter di mana pelanggan boleh memandu uji kenderaan tersebut.

Fasiliti tersebut juga bakal mempunyai landasan untuk Mobiliti Udara Bandar (UAM) selain panel solar dan ia secara beransur-ansur akan memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti sel bahan bakar sebagai bekalan kuasa untuk meminimumkan pelepasan dari penjanaan tenaga. HMGICS akan mempunyai keluasan tapak 44,000 m2 dengan luas bangunan menjangkau 28,000 m2. Pembinaan pusat ini dijangka siap menjelang hujung tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply