ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai mula acah Staria 10-tempat duduk, bakal tiba dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia pada 26 Ogos lalu telah mula menyiarkan iklan acah sebuah model baharu yang akan tiba dalam masa yang terdekat.

Dengan kapsyen “Something huge will be greeting you soon. Stay tuned to this space.” dan juga sedikit imbasan jejalur lampu LED memanjang, ia tidak lain tidak bukan adalah varian terbaharu model MPV mewah, Staria.

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model Staria pada Oktober tahun lalu dan ia ditawarkan dengan varian tunggal iaitu Staria Premium dengan harga bermula dari RM358,888.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Varian tersebut hanya menawarkan tujuh tempat duduk dan dibangunkan dari pelantar generasi baharu N3 Hyundai yang turut dikongsi bersama dengan model SUV, Santa Fe dan juga trak pikap Santa Cruz.

Ia dijana oleh enjin 2.2 liter Turbodiesel CRDi empat silinder yang menghasilkan 177 PS dengan daya kilas maksima 431 Nm. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi 8-kelajuan automatik dengan pacuan roda hadapan.

MPV dengan gaya rekaan luaran seperti sebuah ‘kapal angkasa’ ini dari segi saiz adalah lebih besar berbanding dengan Starex. Di ruangan kabin, semua tempat duduknya dibaluti dengan Nappa Leather.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Besar kemungkinan, model yang diacah ini adalah varian baharu dengan penawaran 10-tempat duduk yang mungkin dijual pada julat harga yang jauh lebih rendah dan mungkin inilah varian yang bakal menjadi pengganti  kepada Grand Starex.

Pada 10 Jun lalu, HSDM telah memperkenalkan Grand Starex versi penghabisan stok yang berbaki beberapa unit terhad sahaja lagi, lengkap dengan kit badan sporty dan pilihan warna luaran baharu iaitu Moonlight.

Antara penambaikan luaran termasuklah lampu belakang kristal dan spoiler belakang dengan lampu brek. Ditawarkan dengan dua pilihan varian, Grand Starex Executive Plus dan Grand Starex Plus with Telematics ia dijual pada harga RM163,888 dan RM165,888.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hyundai Malaysia

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply