ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai perkenal model crossover kompak elektrik SAGA di Brazil

Views

Bukan Proton je yang ada Saga tau, Hyundai pun ada model crossover kompak konsep elektrik SAGA yang membuat penampilan kali pertamanya di São Paulo International Motor Show 2018. Model ini direka bukan semata-mata untuk menonjolkan identiti rekaan baharu syarikat tersebut tetapi ia juga merupakan idea untuk kenderaan utiliti yang lebih kecil dari Crete yang dijanakan dengan kuasa elektrik.

SAGA juga bakal memberi gambaran kepada model baharu dengan namakod HB20 yang dirancang untuk tahun depan. Bentuk lampu depan dan jeriji juga banyak dipengaruhi oleh gaya reka bentuk Elantra baharu yang mungkin menjadi inspirasi model kompak ini. Ia mempunyai jarak roda 2.56-meter dan mungkin berkongsi pelantar yang sama dengan HB20.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Kini kebanyakan pengeluar sedang menuju ke arah pembangunan kenderaan elektrik dan Hyundai juga tidak ketinggalan mengikut haluan yang sama model SAGA menjadi cara yang terbaik untuk menjual “teknologi hijau” mereka di Brazil. Motor elektrik yang diguna pakai pada model ini merupakan unit yang sama pada Kona versi elektrik yang mampu menjana 204 kuasa kuda serta mempunyai jarak pemanduan sejauh 470 km.

Berbalik kepada model baharu HB20, ia sebenarnya bukanlah model generasi baharu tetapi ia digayakan semula. Pelantarnya akan dipanjangkan sebanyak 50 millimeter bagi menambah ruang dalaman dan ia bakal mengacau model hatchback yang lebih besar seperti Volkswagen Polo dan Chevrolet Onix generasi baharu. Apa yang perlu adalah, menaik taraf enjin 1.0 dan 1.6 sedia ada untuk mempertingkatkan kecekapan selain memperkenalkan enjin 1.0 turbo dengan suntikan terus. Dari segi keselamatan pula, ia bakal dilengkapi dengan kawalan kestabilan dan cengkaman serta stereng elektrik.

Sumber: Motor1

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply