ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Staria versi 10-tempat bakal dilancar suku keempat (Q4) 2022 – Tempahan kini dibuka, harga anggaran dari RM17X,XXX

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bakal memperkenalkan versi 10-tempat duduk, model MPV yang diinspirasikan dari kapal angkasa, Staria pada suku keempat (Q4) 2022.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, versi 10-tempat duduk Staria merupakan model MPV yang paling ditunggu-tunggu selepas pengenalan versi mewah dengan 7-tempat duduk tahun lalu.

Jelas beliau, pihaknya telah mendapat banyak pertanyaan mengenai versi 10-tempat duduk ini yang bakal menggantikan Starex.

Tambahnya, seperti Starex, versi 10-tempat duduk ini sememangnya ideal untuk keluarga besar, operator pelancongan dan perniagaan, dengan lebih penambahbaikan dan fungsi dari segenap aspek.

Staria menampilkan bahasa reka bentuk baharu yang futuristik dan ikonik. Rekaan luarannya agak unik dengan jejalur lampu yang melintang di depan yang diinspirasikan dari lengkung cahaya yang menerangi ufuk bumi semasa matahari terbit jika dilihat dari angkasa lepas.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ia menggabungkan lampu siang (DRL) dan lampu posisi yang disusun melintang. Di bawahnya terletak jeriji lebar yang dihiasi dengan corak yang unik. Turut berada pada penjuru kiri dan kanan jeriji tersebut ialah lampu hadapan yang sedikit turun ke bawah.

Ruang kakinya yang luas adalah yang terbaik dalam segmennya dan ia boleh diubah menjadi ruang kargo tambahan apabila kesemua tempat duduk disatukan.

Selain itu, mod rata penuh boleh diaplikasikan pada tempat duduk belakang, menjadikannya pilihan tepat untuk aktiviti seperti berkhemah dan mengangkut barangan.

Versi ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.2 CRDi yang disambungkan kepada transmisi 8-kelajuan automatik. Kombinasi ini menjana output sebanyak 177PS dan 431Nm daya kilas.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pengecas turbo sejukan udara yang berkecekapan tinggi kini dilengkapi pemampat dan roda turbin yang dipertingkatkan untuk prestasi daya kilas kelajuan rendah yang lebih baik.

Ia ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Lite, Plus dan Max. Anggaran harga bermula dari RM17X,XXX dengan yuran tempahan dikenakan sebanyak RM1,000.

Mereka yang berminat boleh berkunjung ke bilik pameran Hyundai yang sah untuk membuat tempahan. Selain itu, tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform beli-belah Hyundai, Cl!ck to Buy.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hyundai Customer Careline di talian 1-300-13-2000 atau layari laman sesawang www.hyundai.com.my dan laman Facebook www.facebook.com/hyundaimalaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply